Tuesday, November 29, 2011
Sunday, August 14, 2011
Bila kita nak lawan takdir..
kalau melihat apa terjadi pada diri kita ni,,memang lah kita selalu nak buat spekulasi-yang-percuma-dan-x-diperlukan..seperti,,
'kenapa aku hitam,pendek dan gemuk,,orang lain semua x mau kawan dengan aku'
'kenapa mak abah selalu x pedulikan aku ah,,macam black sheep in the family jerk"
tanpa kita sedari kita sebenarnya sedang mempersoalkan apa yang Allah telah takdirkan untuk kita..OPS.istighfar banyak-banyak....kalau nak diikutkan banyak lagi orang yang lebih teruk cabaranya dari kita,,contohnya cerita favurite aku "supernatural" (dah x dapat beza realiti dengan alam maya pasal hari2 duduk ngadap cerita tu jer cuti ni)
Dean dan adiknya Sam berusaha menghapuskan angkara hantu/syaitan yang ada di dunia ni..mereka sendiri pun bukan rela nak jadi ghosfacers, ghosbusters ni..ada sampai satu tahap tu,,ketibaan hari kiamat pun, dunia nak menyalahkan si dua beradik ni.yang tak-tahan-nak-gelak-guling-guling tu, kebangkitan Lucifer (iblis yang derhaka tak mau sujud pada nabi Adam tu)pun disebabkan oleh kecuaian si dua beradik ni..tapi orang kata tu semua dah takdir..dan ternyata, Dean selalu menyalahkan Tuhan dengan takdir hidupnya yang memang sadis habislah,,
So what's it all add up to? It's hard to say. But me, I'd say this was a test... for Sam and Dean. And I think they did all right. Up against, Good, Evil, angels, devils, Destiny, AND GOD HIMSELF, they made their own choice. They chose family. And, well... isn't that kinda the whole point?
he,he,hensemnya diorang kan? |
secara tak langsung membuatkan aku berfikir mengapa Allah sentiasa memberikan ujian yang maha hebat kepada hamba-hambaNYa..memanglah DIA ingin menguji siapa yang taat kepadaNYa walau apa pun ujian diberikan. Hari tu aku tengok tv 9,,tak ingat dah cerita apa, tapi dalam tu.Allah telah menjelaskan pada ku melalui orang di dalam tv tu,,
yang sebenarnya ujian itu adalah untuk menaikkan darjat kita di sana kelak. mungkin amal kita seciput (seperti baca doa makan), dahla seciput,tak diterima pulak tu( sebab salah baca maksud pun lain),,tapi bila Allah beri kita ujian, dan kita redho,ikhlas,,"xpelah aku x kisah semua yang terjadi tu ada hikmahnya..." maka pahala kita pun bertambah-tambah bukan kerana amal,,tapi kerana keihlasan kita pada NYA..haa,,apalagi kepada sesiapa yang amalan dia ciput macam aku dan macam Dean,,marilah kita sama-sama berusaha mengingati untuk redho dengan segala ujian yang tuhan berikan...
p/s: xpela x dapat kerja pun..mungkin Allah nak aku beribadat banyak-banyak di bulan puasa ni..PEACE~
Thursday, August 11, 2011
budak smka pun kantoi jugak
selama 22 tahun aku hidup barulah aku sedar rupanya AKU TAK TAU DOA BUKA PUASA!!! giila tak,,memang pula gila dahla bekas smka,,huhu,,itulah kawan-kawan jangan ingat orang sekolah agama ni serba serbi tahu tau..kami pun manusia biasa ada sifat lupa dan lalai juga. (aku sorang je kot).=P
selama ni buka puasa ramai2 orang (imam) tolong bacakan aku tolong meng-aminkan sajer,,kalau buka sorang pun baca doa makan je,,lepas tu konon-konon berazam nak cari lah apakah doanya,,last-last terbongkang macam ular atas katil = kekenyangan.
ok adik-adik ( khasnya untuk aku yyang dah tua bangka), mari hafal
Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih “
yohoo,,,aku tampal atas meja supaya tak lupa,,dan apparently,,,,,,my husband jugak tak hafal...apa punya lelaki laa..(sesuai la dengan aku, sama jer 2x5)
p/s: nasib baik belum ada anak,,buat malu ibubapa jer huhu
selama ni buka puasa ramai2 orang (imam) tolong bacakan aku tolong meng-aminkan sajer,,kalau buka sorang pun baca doa makan je,,lepas tu konon-konon berazam nak cari lah apakah doanya,,last-last terbongkang macam ular atas katil = kekenyangan.
ok adik-adik ( khasnya untuk aku yyang dah tua bangka), mari hafal
Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih “
tabiat spontan aku bila selsema di bulan ramadhan, sadis.. |
p/s: nasib baik belum ada anak,,buat malu ibubapa jer huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)