Wednesday, August 10, 2011

Bila kta jadi kuli orang..

Sesungguhnya perkara yang paling menjadi igauan ngeri bagi student U yang dah habis belajar macam aku ni ialah jeng,jeng,jeng,, bila aku semakin putus asa mencari kerja..huhu~.. masa  study,,tak sabar pulak nak habis,,bila dah habis,,Ya Allah,,besarnya cabaran,,kadang-kadang aku jadi putus asa, penat, nak menangis kerana usaha yang tiada hasil,,bila semua tu terasa,,jalan penyelesaian bagi aku ialah dengan bunuh diri tidur..bila tidur semua OFF MODE.
Bila bangun  FRESH START!aku jadi orang baru!
Tapi sejak akhir ni,,bila banyak sangat tidur rasa macam dah immune pulak,,dah x fresh lagi bila bangun,.rasa nak sambung tidur lagi adalah.. Oh yer,,aku dengan tidak rasminya habis belajar bulan JUN haritu,,dan pusing punya pusing,,aku dapat kerja jadi cashier kat Sabasun Hyperruncit tanggal 10 JULAI..ambik kau,,x selindung lagi,,maklumlah bangga kot jadi cashier,,
Duduk jer,, scan barang,,ketik2 papan kekunci,,kesuk kesik,,kuar peti duit,prĂȘt,,koyak resit,“terima kasih sila dating lagi”..ironinya itu bukan aku..
 ternyata aku hanyalah cashier di bahagian biskut,,sampai orang menggelarkan aku budak biskut..cis,,sebenarnya xdelah hina sangat kot kerja ni,, yelah cuma tanya customer nak biskut apa,,then congkihla tin tu, then korek punyer korek pakai tangan ,dapatlah biskutnyer,,pahtu timbang dan ikat macam bungkus air soya,,barulah aku jadi cashier,,(pegang-pegang duit aku suka)..
Malangnya,,aku selalu tak cukup tangan  dan pernah satu hari tu aku sorang kerja (ni semua pasal company kedekut nak tambah pekerja) sorang awek dari KL la toce aku 
 “ Dik,,nak suruh akak ambik sendiri ker biskut ni” dia bertanya sambil merenung muka aku yang masa tu tengah sibuk-timbang-biskut-customer-lain-berderet-menunggu-mintak-dilayan.
“ sebenarnya tak boleh kak,,tapi ramai sangat orang,,akak ambik jelah” aku cakap pun x pandang muka dia pasal sibuk ketuk2 mesin timbang yang siot betul hello,,saat ke kau nak rosak buat hal..
“ dik lain kalai kalau nak suruh akak ambik sendiri cakaplah,,tak perlulah akak tunggu,,ni akak datang dulu,,adik pergi layan orang lain,,” awek tu tunjuk belang
“ Kak mana saya tau siapa datang dulu,,banyak sangat orang ni,,.." aku mula nak tengok saper awek tunjuk belang ni
“No.,, no this is your job,,!( speaking pulak)#@%$&%” akak tu membebel ,,butir cakap dia pun aku x dapat nak tangkap dah,,Ini boleh menaikkan darah,dahla aku penat kerja sorang-sorang,,marah pulak depan orang ramai ni,,mentang-mentang aku budak suruhan jer,,  kuli jer,,budak penjual biskut,,aku pun apalagi...
“ OK… sorilah kak” nampaknya aku kalah dengan kemarahan aku sendiri..untuk pengetahuan semua(semua pulak nak tau) aku kalau nak marah memang nak nangis dan caranya hanyalah pergi tidur,,tapi masa bekerja macamana ?
“ akak bukan aper dik akak blah,blah@#$#%$^$”..apesal akak ni x boleh nak brenti cakap ni,,kerja aku pulak nak layan bebelan dia ..”$^%&%....ker dah nak nangis dah?” akak tu provoke aku..sial!..
aku yang tengah tahan empangan bakun dekat mata ni apalagi pecah la masa tu jugak di kala banyak orang melihat…aku kalah jugak dengan air mata.
 Esoknya aku resign,,haha~ mana ada,,tu andaian orang jer,,tapi aku cool lah pasal balik rumah aku dah tidur bila bangun,,aku orang baru..Cuma aku rasa terkilan,,kenapa la bila kita kerja sebagai kuli orang bawah,,selalu jer x dihormati orang lain,dipandang lekeh..banyak lagi peristiwa lain..tapi aku berazam bila aku jadi orang atas ( biar betik) aku x kan berkasar dengan orang bawah aku..
Treat others the way you want to be treated
Sekarang aku kembali tanam anggur,,setelah 20 hari berkhidmat sebagai budak biskut,,wakaka,,,sebenarnya aku masih mencari-cari kerja tapi bulan puasa ni,,aku cari kerja dekat2 moga2 dapat berbuka dengan orang tersayang,,tapi,,,kerana banyak songeh sangat,,beginilah aku menjadi mati kutu di rumah,,.tanam anggur fasa ke dua.

Monday, July 11, 2011

Kita semua peduli rupanya..

PELUDAH WARNA


puisi A Samad Said

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.



P/S: bermakan nya puisi ni,,teringat buku sejarah,,pejuang- pejuang tanah air menuntut kebebasan macam Rentap, haji abdul rahman limbong, tok janggut, pahlawan pasir salak dan Tun Abdul Rahman menuntut kemerdekaan..Sejak Tanah Melayu merdeka, penduduk negara ni macam  malas dah nak terlibat dalam perjuangan rakyat dalam tanah air sendiri. bila datang cerita macam BERSIH ni rasa seronok pulak tengok,,x kisahlah sape betul atau salah,,yang penting,  rakyat seperti dah ambil peduli hal- hal  berlaku dalam negara..Bagusnya..Rakyat didahulukan,,semoga memang betul kata-kata PM Najib ni,,hihi

Sunday, July 10, 2011

pengebom berani mati masuk neraka?

Bunuh diri itu berdosa dalam Islam,dan hampir semua agama menegah manusia membunuh diri. Tapi kenapa pejuang islam di masa kini seperti pejuang palestin berani betul membunuh diri dengan mengebom diri mereka ketika sedang berjihad melawan kafir zionis? Apa mereka tak tahu ke membunuh diri tu confirm-confirm masuk neraka?
Dulu aku selalu rasa kesian dengan pejuang berani mati ni sebab penat-penat bom diri lepas tu masuk neraka pulak sebab kes bunuh diri,,tapi rupa-rupanya aku yang kesian sebab jahil sangat pasal agama,,kah3..
Operasi bunuh diri pejuang palestin a.k.a  amaliah istisyhadiah a.k.a serangan berani mati ini sebenarnya tidak bertentangan dengan ajaran islam malah banyak pertubuhan ulama bersetuju dengan serangan seperti ini.

-Jabhah Ulama Al Azhar berpendapat kematian serangan berani mati ini syahid hukumnya pada 2001
-Rabitah Alami Islami yang bersidang di mekah arab Saudi turur mengakui kematian akibat serangan berani mati adalah syahid
Lain-lain :Majlis Ulama Indonesia 1996, Rabitah Ulama Palestin 2001, Majlis fatwa Ulama Pakistan !968,
Dr Yusof Al Qardhawi (presiden ulama sedunia)  berpendapat operasi berani mati adalah termasuk cara paling jitu dalam jihad fisabilillah dan serangan ini dengan istilah “bunuh diri” adalah sangat  menyesatkan.


Orang yang membunuh diri itu membunuh unutuk kepentingan peribadi sedangkan pejuang berani mati itu menjadikan mereka korban demi agama dan umat. Orang yang bunuh diri itu orang yang berputus asa dengan ketentuan Allah, sementara pejuang berani mati ialah manusia yang seluruh cita-citanya tertuju kepada rahmat Allah. Orang yang bunuh diri inigin selesaikan masalah dengan cara mencabut nyawanya sendiri, sedangkan mujahid itu membunuh musuh Allah dengan senjata “serangan berani mati” ini yang membuatkan mereka sendiri terkorban syahid.
Semua mazhab menyokong serangan ini sebagai syahid. Di dalam mazhab syafie terdapat banyak dalil yang menyokong serangan seperti ini, antaranya

-Imam syafie meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW menyebut tentang syurga, kemudian seorang dari orang ansar berkata “ ya rasulullah bagaimana jika aku terbunuh kerana kesabaran dan mengharap redha Allah semata-mata” rasul menjawab “ untukmu syurga” kemudian dia pun lari menyerbu ke pasukan musuh hingga syahid di hadapan nabi SAW. Terdapat juga ansar yang lan melemparkan baju besinya ketika mendengar kata nabi SAW tadi, lalu menyerang musuh hingga terbunuh

-Diriwayatkan ada satu kaum sedang mengepung kubu musuh, terdapat seseorang yang berperang hungga terbunuh,dikatakan oleh yang lain bahawa yang terbunuh itu menjurumuskan dirinya kepada kebinasaan. Berita itu terdengar oleh saidina Umar lalu beliau menegur, “ mereka itu bohong!. Bukankah Allah SWT telah berfirman dalam Al Quran” Dan diantara manusia ada yang menjual dirinya untuk mencari keredhoan Allah”
pejuang kesayangan palestin
:“Adakah hati kamu tidak bergelora melihat kekekjaman yang berlaku kepada kami seihngga tiada satu pun kaum yang bangkit menyatakan kemarahan kerana AllaH?Tiada satu kaumpun (di kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengobarkan perang antarbangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizhalimi kepada pembunuh dan pembantai yang ganas. (Tidak adakah yang mau bangkit menentang musuh-musuh) yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kamiTidak malukah ummat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan." allahyarham syeikh Ahmad Yasin