Aku terima nikahnya ditulis oleh ustaz hasrizal yang popular dengan laman web nya saifulislam.com. Salah satu sebab aku nk bca buku ni sebab aku slalu gak jadi visitor baca dekat website ia,,aku suka idea yang dia sampaikan. Kalau nak diikutkan aku rasa buku ni tak sesuai sangat la dengan tajuknya,sebab cerita ia bukan saje pasal nikah kahwin2 nih,,tapi lebih kepada pengalaman hidup ustaz t sendiri,,tapi tu pendapat aku la,,he3,,kat sini aku nak kongsi beberapa ayat yang aku baca dalam buku nih,,tumpang pinjam ye ustaz he3,,aku memang setuju la dengan banyak ayat dalam buku nih,,,antaranya,,
Hubungan seorang lelaki dan perempuan itu lazim dihinggapi rasa jemu yang mencabar komiten kita kepada hubungan itu.jemu itu mungkin muncul di tahun ketiga perhubungan, mungkin juga keempat, ,malah kelima pun boleh,,jika perasaan ini muncul di dalam sebuah perkahwinan maka suami isteri akan belajar melayarkan rumah tangganya buat seketika dengan kesedaran terhadap tanggungjawab,,
God,,ayat ni betul2 buat aku takut,,sebenarnya kalau nk diikutkan memasak,cuci baju,kemas umah, semua tu bukannya aku buat sebab ku rasa aku ni isteri orang,,aku buat sebab aku sayangkan ceh,,pendapat aku semua tugas tu bukan kerja seorang isteri,,x de nas pun yang kata tu isteri punya keje,,patutnya suami la, sebab masa akad suami yang berjanji kena jaga isteri,,semua tu jadi adat orang dulu2 la yang dungu ikut melulu je cakap suami,,aku takut la suatu hari nanti sayang aku pada ceh hilang,,dan aku rasa berat nak buat semua kerja rumah ni,,tapi aku sentiasa berharap jika satu hari nanti aku rasa JEMU,,aku dah terbiasa la buat sumer kerja2 rumah tu,,jadi xdela rasa beban bertambah kan,,buat kerja macam biasa je,,satu lagi idea yang aku suka ialah mengenai orang bercouple nih,,
Saya cukup kesal bila mendengar ada dari kaum muslimah yang mudah ambil keputusan putskan hubungan semata-mata alasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah perkenalannya dengan seorang muslim yang baik.jika pernah buat silap bertaubatlah dan bukan dengan sewenangnya membatakan hubungan.
Nabi s.a.w bersabda” apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redho agamanya dan akhlaknya maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”
Mungkin aku boleh rekemen ke shu,,lelaki tu nampak baik,,tapi yang di dalam baik ke asik marah je,,tet,,
Jujrnya saya melihat kebanyakan mereka yang berkahwin semasa belajar dapat mengekalkan prestasi pengajian malah ada yang tambah cemerlang, hanya segelintir yang kecundang,,
Ni aku memang sokong la,,sebab pas aku kahwin aku xde lagi layan blues lebih2an sampai nangis keje x menjadi sumer x focus,,pas kahwin,,jadual tersusun,,kerja beres bos,,focus gakla mengelamun gak sebenanya pk pas ni nak kemas umah ke nak mask dulu ke
Ramai generasi sekarang yang celik islam mahu perkahwinan yang bertepatan dengan sunnah, jauh dari bidaah RINGKAS PERJALANAN DAN BELANJA,(paling aku suka).namun apa pula kata orang tua2,,
Benda nih memang buat aku pening dulu dan aku ambik keputusan ignore je msa nk kahwin,,siot tak?akhirnya apa jadi? ada kawan aku x percaya aku kahwin,,x kurang jugak yang syak wasangka mcam apa,,bukan orang tua je,,peduli apa aku diorang cakap per,,tapi mak aku yang kesian la sedih je dengar orang kata aku..(jadi kena gak la buat kenduri nanti,,adoi,,pning2)
Aku dah tak larat nak komen lagi ayat ia,,jadi aku senarai pendek je la,,maaf ye,,he3
-jika mahu bercinta jangan merancang hanya ke pelamin,masukkan segala urusan lampin, kerana rumah tangga bukan utopia cloud 9, ia adalah kombinasi suka dan duka.dalam duka ada bahagia,,ITULAH NIKMAT HIDUP BERUMAHTANGGA.(sokong 100 infiniti)
-Moga janganlah segala kesibukan itu menjadi debu yang bertebangan sia2, tidak bermakna.(tu yang aku kena gagahkan diri menulis nih.)
-anak kita mungkin gagal ikut kata ibu bapa, tapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita.(takutnya,,kenalah belajar bangun awal baru pk lahirkan anak)
Seriuslah aku x larat nak tulis..untuk buku ni aku kasi 9 bintang la dari 10 kurang satu bintang sebab x de gambar kot ha3 ,,,g mandi dulu…
2 comments:
aku memang tak caya ko dah kawin! hahahaha mana tak nya. ko dulu laki pon ko takde suka. haha. ini kan pulak nk layan blues lagi aku tak caya beb! hahaa
@Bella Hudgens
nk wat cmana cik bella oi,,aku pulak lesbian kn smpai skrg x suka boy,,hahaha!dh jumpa org yg betul,,x boleh nk kata apa dh,,angau jela,hehehe
Post a Comment
time kacih daun pisang sudi komen yer,,hihi