Friday, January 21, 2011

Cinta & Perkahwinan??

Love yang dikorek dari hati saya
Suatu ketika Plato berbicara dengan gurunya.Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab,
" Masuklah ke dalam hutan pilih dan ambillah satu batang ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.
Maka, masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya bertanya, maka jawab Plato:
 “Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa”.
Guru itu pun berkata:
" Itulah cinta." 
baju kahwin versi kompius

Lalu Plato pun bertanya apa makna perkahwinan. Guru pun menjawab:
 “ Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan. “
 Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.
Gurunya pun bertanya maka jawab Plato:
 “ Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya. Tetapi saya tidak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin boleh merawatnya dan menjadikannya indah. “

Lalu sang guru berkata: 
“ Itulah makna perkahwinan. Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon berserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih, tidak satu pun akan kita dapati.”
Sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak kami dapati pada 2 orang yang sedang bercinta itu lebih baik dari nikah" (dah nikah yahoo)
"Alamak,,duit pulak x cukup,," klik: Tabung Perkahwinan
Abang Sigmund yang macho
"Cinta lelaki kepada perempuan dan sebaliknya, walaubagaimanapun susun kata dan halus bahasanya maksudnya hanya satu iaitu seks "-Sigmund Freud-(my god!,,is it true??confius n gloomy,,)


Kesimpulan: "Hanyalah dengan mencintai Tuhan dan Rasul Nya, cinta itu kalis dan kudus"-Omar Khayyam-

7 comments:

Kaki Bongkar said...

sigmund freud - aku dah lupa teori2 mu

Mr.TN_SkY said...

wah wah..nice info beserta olahan yg menarik..plato? who is him? :-) ada rahsia disebalik dirinya..heeee =_=.neway nice entry k?

Newbies Susahkan Blogger Senior?

wanacesh said...

bguslahh jgn dgr ckp dia bkn betul pun(huhu,,x bleh trima kenyataan org cerdik pandai)

anamizu said...

lupakan teori2 itu..ngeh3

recent post : |khurafat???|

wanacesh said...

CIk Sky: Plato tu bapa sejarah la,,ank murid dia aristotle,,murid aris plk,,alexander the great,,nk info lgi bcer la buku teks ting 4 ha3

anamizu: lupakan je teori bpk sigmund 2,,x pnting pon,,(x bleh trimer gak;(

Mr.TN_SkY said...

heheh..i'm know..:-) i'm asking baout..who is pluto really? :-) ahaha..sbb SkY dpt byk versi psl dye..ade yg ckp nabi ALLAH, ade yg ckp hanya ahli sejarah..wallahualam..kena rajin membaca lagi :-)

3 Happiness Versus 1 Pain, Who will win???

wanacesh said...

cik sky: owh,,kter pon penah dengar pasal plato tu nabi,,agk pening la bcer byk pendapat mkin serabut je,,huhuhu

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment

time kacih daun pisang sudi komen yer,,hihi