Saturday, January 15, 2011

Emall Penipu??!!

Aku dengan tidak bangganya ingin mengisytiharkan di sini bahawa aku ni Bekas Emall Network Sdn Bhd..Lama dah aku masuk dengan E mall ni masa aku kanak-kanak rebina lagi,,eh2 bukan,,masa aku sem 2 la dkt U,,sekarang aku dah sem 6.Al kisahnya aku masuk sebab classmate aku mal (nama sebenar ke)  yang perkenalkan. dia sangatlah bersungguh2 ajak aku pergi satu majlis malam kan konon ada kerja sambilan,,lepas event tu ada makan2,,aku yang sangat lah sengkek nak cari duit poket masa tu,,plus ,,x boleh dengar ada makan free apa lagi pergi jelah,,selain aku ada gak 2 orang member kelas aku pergi,,event tu tiap malam jumaat dekat Taita batu buruk.,Aku punyalah teruja tengok orang kat sana2 muda2 gitu,tapi baju diorang elegen-charismatic habis!!,,x semena2 kawan aku mal dijemput berucap kat depan,,dengan sungguh2 dia kata dah dapat income 5000 setelah 2 minggu masuk Emall,,
1 pasang (2 orang) 100 ringgit
seperti yang kita tau (korang tau ke) Emall ni kalau dapat pairing dapat komisyen rm100,,malam 2 banyak jugak otai2 emall yang datang,,dan aku yang dari dulu hairan macam mana orang boleh berjaya dengan kuasa internet tunjukkan minat dan pergi dekat otai2 tu suruh tunjuk income statement diorang,,dungu memang dungu aku masa tu percaya habis la tengok income 5k,,dan otai tu adalah bro yang masuk bawah mus dengan joe (mereka yang paling atas sekali dalam level),,,mungkin betullah income bro 2 sampai camtu sekali kan sebab dia kan upline a.k.a line ke 2,,dan  Mal kata kalau aku masuk aku akan jadi line ke 9,,ok,,(makanan xde pun minum teo peng segelas jer,,huhu,,teruja dengar semangat bos!! X hengat nak tanya pasal makanan)

Dah masuk tu,aku pakai pakej yang paling murah sekali iaitu rm 500,,nak cari prospek alahai sukarnya,,tiap kali jumpa kawan kena selitkan pasal Emall,,baru nak cakap dah kena sembur,,ok fine,,maybe aku memang x pandai nak memaniskan mulut dan berkomunikasi,,so ,,aku tumpukan saje kawan2 aku bawa mereka ke majlis yang tiap2 malam jumaat 2..Ada lah seorang otai Emall,jurusan diploma bisnes hotel,,dah boleh beli tiket p haji lagi untuk mak bapak dia,,siap tunjuk lagi tiket tu,,aku yang x berpijak di bumi nyata,,hanya berangan berharap aku akan menjadi seperti dia,,(halal x duit tu)
Then strategi aku Berjaya (hoorey!!diwaktu itu saje gumbira,,sekarang siot je) dapatlah  SEORANG untuk jadi downline aku,,,dia pun buka rm500 gak,,then mal x habis2 desak aku buka lagi satu supaya jadi pairing,,aku yang teruja nak dapat komisyen pertama rm100,pergi bagi rm500,,(satu lagi perkara dungu,,jangan mengaku kawan ok)bagus,bagus!,, Boleh kata setiap hari la,,downline aku ni jumpa aku Tanya macamana nak cari prospek dia x dapat belajar asyik fikir macamana nak balik modal,,aku kesiankan dia,,aku tau dan faham perasaan dia,,sampai sekarang aku mnyesal babitkan dia,,dia pun bukan orang senang,,(aku pulak orang senang) Selalu juga aku menangis sebab aku x dapat tumpu pada pelajaran dan asyik piker macamana nak balik modal,,kenapa aku kata Emall penipu??( Oh yek kurng ajar betul aku dah cek komisyen 100 tu dalam bank xde la,,sebab bank aku yang satu ni,,memang xde duit asalnya,buka pekung sendiri, sebab 2 aku tau emall x msuk duit,,)

1.konsep canang: semasa approach prospek dekat MZA (kedai mahal kat kawasan U aku,,sekarang dah bungkus dah,,)kita kena cerita hebah atau canang kehebatan rakan2 kita yang lain, ada income yang 3K 4K,,padahal sumer x dapat income lagi pun,,bila aku tanya upline, bukan tu menipu ke namanya??mereka akan kata kita bukan menipu tapi mendoakan rakan kita sebenarnya,,ok fine,,dungu sekali lagi untuk aku,,

2.brainwash dengan mengajar menipu: masa approach jugak,,kita kena kaitkan dengan ibu bapa,,

Dungu 1: sampai bila nak bergantung dengan diorang,,sedangkan dah besar panjang,,guna duit PTPTpu untuk beli handset la,shoping la(serius bukan aku)apa salahnya guna untuk masuk Emall,pelaburan tu,, 
Prospek dungu: kalau saya kata saya xde duit,,,
Otai Dungu: owh xpe,,ko p pinjam duit 100 kt mak 100 kt bapak,100 kat kawan,,100 kat aunty,,100 kat boypren,,solve!! rm500 cash, ambik kau, congrat!! U Emall’s member now,,
Prospek dungu: kalau diorang Tanya saya nak buat apa duit banyak2,,
Otai dungu: ala kau katalah kau nak beli buku ker,,nak buat final year projek ke,,ambik lesen motor ker,,kiter nak buat benda baik,nanti balik modal kau bayar la balik,,bertuah ada anak macam kau,,guna duit melabur untuk masa depan,(jangan tiru aksi ini)
Prospek Dungu: ok I masuk geng lu bro,,time kasih sangat2 perkenalkan benda ni dekat i..
(dungu betul aku masa tu ternganga jer tengok upline brainwash prospek) ingat ye kawan2,,niat tidak menghalalkan cara!!
3.banyak lagi sebenarnya kebongkaran yang boleh aku buat tapi aku dah lama cool down dengan emall ni jadi kemarahan aku sudah hilang bersama dendam aku pada Emall,,jadilah orang yang pemaaf,,x rugi tau

sekarang emall xde lagi dengar bunyi kat sekolah aku(U ialah sekolah bagi aku),,dah cabut lari agaknya,,budak kelas aku mal pun xde lagi bisnes Emall ni,,dulu sampai beli kereta alphad tapi bila duit dah x berkat,,kereta tu dah kena tarik,,bila orang tanya macamana bisnes skrg,,income dah blah22,,, ok malas nak tanya sebab apa dia cakap orang tak percaya lagi kan sebab banyak kes lain menunjukkan dia bukanlah orang yang jujur,,

Di bulan 12 tahun lepas, utusan online klik sini  menceritakan kumpulan Emall ni disiasat sebagai skim cepat kaya,,mengapa begitu? Tanya saya pulak p lah Tanya utusan,,ok,,sebab kan,kan, Memang lah MLM tu banyak meningkatkan ekonomi Negara tapi yang x baiknya bila kita asyik sangat dengan mencari downline dan tiada focus untuk untuk menaiktaraf produk dan perkhidmatan kita,,wait,wait,,apa produk Emall? jual tapak untuk promote produk sendiri kat intenet,,bukan sekarang boleh dapat tapak free ke kat mudah.my,,ye tak ye kan,,,produk ape ni?? (melalut la kau seorang)

Tiba2 aku teringat memori bersama Emall, yang melukakan,,bila tiba2 ada seorang innocent boy kerja ambik order kat kedai makan nak approach aku masuk MLM untuk Power akar a.k.a r**t pulak,,aku nampak diri aku dalam dia,,sedih sangat dan please lah kepada yang ikut MLM jangan lupa diri, jangan sampai kegilaan kita mencari harta dunia buat kita x sedar kita sudah menghancurkan,,melukakan,merosakkan hati dan hubungan dengan orang lain,,buat bisnes sendiri lagi bagus!!

 Kemewahan Telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), Dan janganlah begitu, kelak kamu akan Mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, Niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
 -At takaatsur-

12 comments:

Mr.TN_SkY said...

Naseb tak terjejak degan benda nie dulu..huhu..nice info ya =_=

Anonymous said...

ha3...memang pernah kena dengan emall ni...tapi tak pernah join sebab aku ni ssh bebeno nak percaya sama MLM ni. Kira benda ni guna konsep TONTO ler. Tolong Orang Nak Tipu Olang.

wanacesh said...

bguslah korang berdua x terkena,huhu,x sngka ada gk group org mlayu gny,,cmner la org melayu x maju2,,melyu mbodohkn mlayu,,

Unknown said...

Melayu Lipat Melayu...MLM

Mr.TN_SkY said...

betul tuh..=_= dulu waktu muda..terlalu mencari2 wang..sekarang dah kruang..memang wang yg penting..tapi dari mana ianya datang ..itu lebih penting :-)

Kaki Bongkar said...

pengalaman itu mengajar kite. banyak benda dah aku rasa kalau benda2 MLM ni. Jadi kalau ada orang ajak masuk mana2 benda yang kata benda ni bukan MLM mmg bohong. Kalau dah kena cari orang tu dah tentu bisness yang mengamalkan berbilang peringkat.

wanacesh said...

nescafe secawan: huhu(x nk jd melayu la,,ops)

cik sky: cik sky dh tua ke skrg,,kih3

kakitangan bongkar:btul tu,,nh skali i dh tkena dgn emall nh,,jgn kata MLM lain,,SIANG pn i x nak msukk,,baik jual air jus jambu tepi jalan je lgi msuk hasil

::Shasya:: said...

ak pon pnah kene 'interview' ngan dak2 emall ni.yg 'interview' tu plak membe ak..mmg bez laa kan membe mkn membe.sedap oo..ak pling x suke bile dwg kaitkan parent..mmg btol2 setan membe ak mase tu..dan akhir ye..ak x join pon emall kejadah haram ni..ak ikot naluri ati ak ni je..

wanacesh said...

memang pon,,psl parent tu la byk org sangkut ngn emall nh,,memg kuangajak btulla dahla ckp kasar2 je(aku tukang melopong msa 2),,diorang kater kena ckp tegas2 kasar2 biar tersentuh hati prospek,,cit!

Kacang said...

ak pon dah kena tipu msa study dlu..
dendam ak kt emall x abis lagi..
ak cri bdk yg tpu ak 2 x dpt2.
klau dpt siap la.
crita yg bro cita ni mmg sebijik jdi kat ak..
haha..
klau jmpa bdk2 emall kite bakor je..!!

Anonymous said...

salam bro,haha.chill lahh.arus pemodenan bro,cara kau tu je yg buat kau fikir benda ni menipu.kau kerja main2 hasil pun main2.kau sendiri cakap kau tak pandai nak approach org.so,kenapa kau join? HAHA.mcm memperbodohkan diri sendiri je.tp pasal kau ckp niat mengharamkan cara tu mmg betul lah.itu area kau bro.lain group lain lah cara.masing2 nak fight untuk naikkan group.think positive,mudah.my tu company luar.sampai bila kita nak kayakan org bukan melayu(BUKAN ISLAM).kalau kau tak berjaya,jgn salahkan company.salahkan diri sendiri.mcm hidup kau lah.kalau kau rosak,kau nak salahkan mak bapak kau ke?aku bukan marah bro.tp cara kau tu dah tutup pintu rezeki orang.dosa besar tu bro.renung2kan lahh.minta maaf kalau terkasar bahasa.

wanacesh said...

@Anonymous

hi anon 1st skali aku bkn bro ler n aku cuma citr pnglaman aku jer,,kalau ko bisnes emall ni dgn telus,jujr dan penuh nilai murni aku doakan ko brjaya mnnjdi ikon melayu nti..aku x berniat pon nk tutup periuk nasi org,,cuma aku hrp dgn pengakuan aku ni org MLM x kisahler emall ke x,,jgnlah sibuk mencari duit hingga terleka,x sedar akan penganiayaan yg kita buat terhadap org lain

memetik kata2 utusan online

OLEH KERANA PENGALAMAN SEBIGINI, perniagaan MLM lebih banyak mendatangkan persepsi negatif pada kebanyakan kita ( NILAH MAKSUD AKU). Namun, kita harus terbuka minda yakni memang wujud syarikat MLM yang sahih dan fokus terhadap penjualan produk atau perkhidmatan, malah memiliki banyak produk serta sering dipertingkatkan menerusi inovasi atau penyelidikan dan pembangunan (R&D).

MLM yang tidak baik ialah yang memfokuskan semata-mata kepada pelantikan ahli baru yang diistilahkan sebagai downline. Calon-calon dijanjikan dengan pelbagai tahap komisen lumayan. Produk? Tidak mengapa. Itu soal kedua.(NI JUGAK YANG GENG EMALL AREA AKU TEKANAKAN PADA AKU) Lagi pun, siapalah berminat hendak menjual produk seperti ‘kopi 50 dalam satu’, ‘minyak lintah penambah nikmat’ dan lain-lain, yang kelakar bunyinya.

KESIMPULANNYA,,AKU BANNNED LER MLM YANG MCM EMALL KAT AREA AKU, SORILAH BRO XDE NIAT PUN NK KACAU PERIUK NASI ORG.

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment

time kacih daun pisang sudi komen yer,,hihi