selamat semua,,kalau aku tanya pendapat korang mana nak pilih antara cinta dan airmata cita-cita,,bak bait2 lagu (ceceh,,) adam lambert dan farah brip brip,,
kita tak tau antara dua
pilihan yang nyata
sebelah hati inginkan cinta
sebelah lagi inginkan cita
agar HATI membimbing kita
tak tau antara dua..
haaa,,,nilah masalahnya kalau biar HATI membimbing kita,,confirm2 lah HATI pilih cinta,,sebab HATI ni memilih ikut perasaan yang membara la!,,cinta tu selalu dikaitkan dengan HATI, bentuk love (yang kembang dua atas tapi tirus kat bawah tu,,heran tak senget pulak ek), samada HATI pilih kekasih dia, cinta ataupun HATI jadi konpius macam lagu kat atas tu,,eee
tanyalah AKAL,,dia boleh timbang yang baik dan buruk,,adakah cinta itu perlu di waktu ini,,di waktu aku memanjang keje, sampai kena pakai spek tebal sebab rabun dan mata merah macam penagih, eyeback macam spesis panda, terkebil2 mengadap skrin laptop 24 jam-7hari, makan minum hanya magie dan kuahnya sajer,,
yes! aku perlu teman,,aku perlu cinta!,,supaya hidup aku bermakna,,
balik rumah ada isteri tolong masakkan,dodoikan,kemaskan,hiburkan doakan,
balik kerja ada suami tempat berleter,tempat menangis,tempat mengadu,tempat bersandar,,
haa! tapi kalau itu aku dah kerja,,dah ada gaji? kalau kerja aku masih wat homework assigment cikgu bagi?
jangan nak mengada akal kata aku harus pilih cinta,,cita-cita aku dapat dulu,,reach up for the sunrise,,put your,,lalala,,kalau tak, nak bagi apa kat parents aku? nak bagi makan apa anak dara orang? defeat pakai apa nak dapat limited job now?
inilah gunanya akal,,buat kita fikir dan mencari apa yang terbaik,,owh,,jangan kata hati tak penting ya,,kerana hati tulah yang menentukan pilihan itu betul atau tidak.(kes aku kahwin di waktu study tu dengan pertolongan AKAL dan HATI la ^_^)
kebajikan itu adalah pada kelakuan akhlak,manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah di hatimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya. (H.R.muslim)
p/s: DOA pun penting juga tau,,hihihi,,kena tawakal juga kan =)
20 comments:
pilih dua2 tp kene pandai imbang la..mana yg pntg didahulukan
cita di dahulu kan ,cinta akan datang kemudian ^_^
@nik lan nik mat
betul tu sibuk kejar cita2, personal dilupakan, tu yg wujud andartu tu
@aniswany
bagi saya dia x datang kemudian,,dia selalu muncul ketika mengejar cita,,kena hati2
bagi atok berkawanlah dulu masa belajar.....bercinta masa kerja....itu lagi bagus....
apa susahnya...tepuk dada tanyalah iman...istikharah...(mcm ustaz pula...)
@Suhami Ahmad
yer masalhnya kadang2 kita ter-jatuh cinta masa belajar dan sukar nak buat pilihan huhu
@Khairil
cik khairil saya buat isthikharah selalu x jadi,,kalo kaitan dngn mimpi la,,sbb mimpi saya sllo mainan t-do je,,mak saya kata lps istiharah, ikut pada ketenangan hati, n saya tenang dgn pilihan itu,,lalala
hakhak.
cerita....cita.cinta.cirit.cicit.
kejarlah cita2 dahulu.. kerana cinta akan datang kemuadian... apa yg penting kita berdoa.....
ala wana da dpt cinta, skang kejar cita2 je la. hak3! :)
Paling baik jika kedua-duanya dpt berjalan seiring kerana Cinta akan memberi kekuatan mengejar Cita2. TETAPI..hanya bagi pasangan yg mampu dr segi kewangan (utk sara keluarga bg yg masih belajar) & mampu dr segi emosi/kematangan fikiran. Sbb besar cabarannya bila kawin time belajo ni.
Kalau tak..tinggalkan aje Cinta tu, kalau mmg dh jodoh pasti ia dtg lagi!
manusia selalu kalah dengan hati...
@Atie
yes berdoa semoga cinta itulah jodoh kita =)
@Silent
awat la ko ni silent huhu,,demam ek
@creamyfiodesi
hei trex suami tu masih cinta tau,,dah dapat nak kena jaga polak,,huhu
@sakura
yer nmpaknyer begitulah saya selamat kerana suami boleh tnggung dah untuk kejar cita2 pulak,,tapi semoga semua orang dapat membuat pilihan yang sebaiknya =)
@THE LEKAT LEKIT STORY
yeah!! n i lost in my husband love too =)
@wanacesh betullah apa yang mak awak katakan tu...istikaharah ni bukan Dia bagi melalui mimpi sahaja..mungkin melalui ketetapan hati atau petunjuk2 lain...
kedua-duanya diciptakan untuk manusia.. bukan untuk dipilih salah satu.. tapi perlu diambil kedua-duanya.. cuma ikut tempoh dan perkadaran.. nak lebihkan yang mana
Post a Comment
time kacih daun pisang sudi komen yer,,hihi