Aku ingat lagi masa kecik-kecik,kalau waktu solat,mak selalu tutup t.v.Lepas tu disuruh nya kami 6beradik duduk tercongok sebelah dia masa dia bersiap nak solat. kami menunggu dengan sabar sebab lepas mak solat ada cerita power ranger kat tv. bosan-bosan tungu, kadang-kadang kami ikut sekali mak berdiri duduk rukuk yang kami ingat masa tu macam bersenam je. kami tengok mulut mak kumat kamit baca apa, dan adik aku cadangkan untuk bajet masa rukuk dan sujud, kami perlu sebut
satu dua tiga empat lima (sebanyak tiga kali)
masa harijadi aku yang ke 7 tahun, mak jahitkan aku telekung, dan aku rasa gembira dapat baju macam mak aku bolehla aku solat dan berlagak dengan adik beradik aku yang lain.Aku pun semakin rajin solat apatah lagi mak galakkan dan cikgu kat sekolah pun suruh hafal langkah2 dalam solat. Bila aku darjah 3, mak belikan aku hadiah sejadah besar sangat kaler hijau kesukaan aku. Sejadah tu sangat cantik dan mak tulis pakai marker kat belakang,
selamat hari lahir yang ke 9 wana. semoga rajin2 sembahyang..-salam sayang mak-
Aku rasa makin gembira,makin rajin dan bertambah berlagak dengan adik beradik aku sebab ada sejadah sendiri, x perlu nak rebut2 dengan sejadah lama yang kecik dana merah berkaler pudar,bulu2 kat hujung pun tercabut, dan sapa yang kalah dalam rebutan tu,kena pakai tuala la kalau nak solat.
Semakin usia aku meningkat semakin malas aku nak sembahyang,baru nak tengok tv, wana sembahyang!tengah syok t-do subuh,,kena cubit dengan mak, wana sembahyang!balik sekolah penat2 kayuh basikal, zohor pulak,nak g main petang, asar pulak,,balik main, rebut nak p mandi,,kejar magrib pulak..kadang-kadang aku masuk bilik tutup pintu dan konon2 mak ingat aku solat. tanpa rasa bersalah aku keluar dan kata sengaja kuat2 " dah mayang pun tadi..."
Bila UPSR makin dekat, konflik dalam keluarga pun tercetus (adalah,,lalala),,aku rasa tak tahan dan nak sangat masuk asrama.. aku belajar giler2, dan buat pertama kali aku solat dengan azam untuk khusyuk,berdoa lama-lama berharap semoga keputusan aku baik dan dapat dudk asrama.
Alhamdulillah aku akhirnya dapat duduk di asrama SMKA pilihan mak aku instead dari sekolah sains. aku rasa gembira dan sejak hari tu aku percaya bahawa solat bukan sekadar senaman,(macam yang aku sangka dulu), tapi adalah harapan, impian, semangat untuk teruskan hidup. Sesekali bila aku terlepas solat, (subuh biasanya,alahai,,) aku jadi resah, x keruan dan cepat2 ganti walaupun aku x pasti adakah kadho' aku diterima. Aku rasa tuhan marah padaku dan memang confirm hari yang aku x solat, akan ada benda sial berlaku..huhuhu..hari yang sial yang menakutkan tu lah yang menggagahkan aku untuk bangun dengan jayanya di waktu subuh.
p/s: terima kasih mak! hasil paksaan mak, memukul, mencubit,meleter,mendebik,,saya telah berjaya menjadi orang yang cemerlang solat 5 x sehari tanpa paksaan lagi..=) alhamdulillah..
27 comments:
entry yg menarik! ^^
akhirnya kna brgantung kpd diri sndri jugak. :)
@braderlove
tenkiu =)
@creamyfiodesi
btul tu,,jam jela yang gnti leteran mak bgun subuh,,hihi
alhamdulillah.. :)
InsyaAllah;)
Wana SMKA mana? Peja SMKA gak dlu..
patutla blog pon ijau...anywy..same2la kita sentiasa memperbaharui iman kita setiap hari
@Peja
der 2 smka sbb kter pndah2 sekolah hee,smka pedas dgn smka miri,,x sma kot sbb kter x pnh pon tgk peja,haha
@nik lan nik mat
yer iman tu turun naik,,susah nak naikkan apatah lagi nak kekalkan huhu,,
aik, Peja pun 2 SMKA gak... SMKA Sheikh Abdul Malek ngan SMKA Rantau Abang... huhuhu
wah bagusnya..heheheh...;)
hmm kisah sama dgn aku hehe.... bgus entry ini.
jangan tinggal sembahyang ye....
wah...adakah gamba yang saya curi itu datang dari blog ini?
heh...
@Pejaalamak sama la,,mak peja ke suh msuk smka, hihi,
@miss keila
semua mak memg bgus lalala
@Chempaka Sari
sama yg tipu kata dah mayang tu ke,,lalala
@khairil
walaupun hidup seribu thun kalau x sembahyang apa gunanya,,=)
@Silent
x kot sebb kter pon curi pic org haha,,xpe tuan dia x kn mrh ranking dia naek nti =)
Peja xpernah ade sape2 suh masuk smka... Peja sendiri mmg dari darjah 4 lagi teringin nak ke smka...
@Peja
alhmdulillah bgusnya peja nh yer,kter pulak x tau nk plih per,jdi tnyer mak confirm mak plih smka,,nk anaknya jdi anak solehah =)
Alhamdulillah, atok pun selalu skip
:'-(
@Suhami Ahmad
jgn skip2 tau atok,,kiter nh dh mkin tua dh,,=(
bagus2.. jgn skip solat ok! tiang agama 2. biarkan ianya kukuh.
@Norhidayu Anuar
ya,,terpaksa pon xpela,,lama-lama dtg gk ikhlas tu
Hahaha~~ dlu saya kecik2 pn mengira time solat :P
Post a Comment
time kacih daun pisang sudi komen yer,,hihi