Monday, March 28, 2011

Pelacur pun tak sanggup berdosa~

Percayalah..kebanyakan mereka ingin hidup bahagia, ingin melepaskan diri dari dosa,memulai hidup baru.Kakak pun ingin bahagia dan tak sanggup hidup berdosa selamanya.-salina-

Salina seorang awek cun yang mencari nafkah hidup dengan menjual diri sebagai pelacur,,
eee,,,dia x tau ke tu dosa,,jijik aku tengok,,perempuan gini x boleh buat bini 
Sufiah and family
Jangan mudah menghukum, menghina, memperkecilkan seorang wanita yang berada di sisi gelap ini,,Mereka taklah sehina dan seburuk yang kita sangkakan..Dulu kita dikejutkan dengan kisah Sufiah yusuf, gadis genius matematik yang menggemparkan dunia kerana pernah menjadi pelacur. ditukar namanya menjadi shilpa Lee. pernahkah kita terfikir,, kenapa ini jalan yang dia pilih?
Sufiah convert to Shilpa Lee
perempuan sekarang kan mata duitan,,tabur duit je,,serah body..
member mak aku,,jual topup di lorong di mana banyak awek sisi gelap ni cari makan,,kebanyakan nya warga filipina.bila ada orang ambush, mereka lari pergi ke kedai top up ni dan pura2 nak beli top up..mula-mula member mak aku ni tension gakla,,dahla warga asing kan,,tapi di satu ketika dia terdengar awek sisi gelap nii cit cat dalam phone.
"aku minta maaf nak,bukan aku x mau kirim,,bulan ni aku susah nak dapat duit,,"awek tu cakap sambil nangis-nangis.dalam bahasa filipino,tapi member mak aku ni pro dah,paham seket2.
 perbualan tu merubah persepsi member mak aku...sapa ingin hidup dalam keadaan berdosa dan hina? Islam juga memandang buruk seorang pelacur,,Ya,,seorang pelacur TETAPI bukan wanita!

salina, not a bitch.
1. Salina karekter hidup dilukiskan A samad Said,semasa hidupnya di zaman perang,,Dia berkenalan dengan awek kotor ni yang hatinya sangat mulia pemurah dan berjiwa tulus. Salina memilih jalan sebagai pelacur selepas kematian keluarga dan kekasihnya dalam perang dunia ke 2 dan selepas dirogol tentera Jepun
si bapak yang weirdo & psycho
2. Sufiah yusuf genius matematik x habis mengaji di Oxford Universiti kerana tension dengan tekanan yang diberi oleh bapanya yang macam psycho habis, kejap macam diktator kejap macam encik budiman.Ini diakui sendiri si emak sufiah ni. rumahtangga Sufiah pun hancur bila bercerai dengan suami,,sapa x tensen?

3. Awek filipino  memilih menjadi kotor kerana mencari sesuap nasi untuk anaknya..

Melacur itu confirm berdosa,,tetapi siapa kita untuk menentukan nasib orang di Sana? Selagi hidup masih ada,Allah berhak memberi hidayah kepada sesiapa..tak perlu mengata nanti kena cili mulut kat neraka,,tunjukkan peluang yang ada untuk mereka,,insyaallah tuhan bagi ganjarannya =)

psst: siapa yang ingin hidup berdosa dalam dunia ini kalau boleh ? tak ada seorang pun. cuma kadang-kadang orang terpaksa -ya, terpaksa.. kakak ini terpaksa.-salina-

sumber: Salina Samad said dan KOSMO

17 comments:

attholib said...

Tuhan jua mengetahui untung nasib seseorang insan.. Kita bukan penghukum.. Kita sekadar hamba, yang nasib kita sendiri pun kita tak tau..

Sebagai manusia,
Mana yang bocor, kita tampalkan.
Mana yang rosak, kita perbetulkan.
Mana yang jatuh, kita papahkan.

Dari kita sibuk memaki kegelapan tanpa buat apa2, adalah lebih baik jika kita diam dan pergi menyalakan lilin.

PS: Nasihat buat diriku sendiri.. huhu

wanacesh said...

@Mutalib attholib

betul tu,,klo sibuk jaga tepi kain sendiri je pon x bole jugakk,,sama2 menyalakan lilin hidup masing2 =)

soren said...

pada saya org yg menghina tanpa memahami keadaan org lain itulah yg lebih hina. amat cepat menuding jadi tanpa mengkaji kesusahan org lain, kerana rasa diri terlalu sempurna. agaknya itu ujian yg Allah beri pada org seperti itu, dapatkah dia mengawal rasa megah dan ego dalam diri sendiri.

Unknown said...

betul tu..
jangan sesuka hati jatuhkan hukuman..
kalau salah sama2 kita betul kan..
sama2 memperingati ..
jangan terus menghina..
jangan pulak kita membiarkan..
bimbingan yang berterusan lagi baik dari menghukum terus..

Unknown said...

tepuk dada tanyalah iman...

wanacesh said...

@diana
betul tu, tapi kebanyakan orang kalo x ambil pusing mesti nak mengata,,semoga aku pun sntiasa beringat

wanacesh said...

@me the martian
ya,,kebnyakan org yng mengata ni hidupnya selesa dan sempurna jadi dia pk kenapa org x boleh hidup baik2 macam dia,,smoga kita dijauhkn dari org sprti tu..
hidup ni tuhan bagi ujian berlainan setiap orang sesuai ikut kemampuannnya =)

wanacesh said...

@Khairil Shahmi Shaidun
absolutely!!,,=)

Unknown said...

tapi kita masih ada pilihan lain kan....tukang sapu lagi murni kerjanya dari seorang pelacur....ini semua kerana niat kita....

ijam ismail said...

cian pompan ni...
ish3..

silent said...

wah.betul

Phantom said...

yer betul tu

kesian oh dengan sufiah tu

msmiera tulip said...

saya x setuju pada org2 yg suka menghina org lain... bagi saya, biarlah mereka nak buat apa pun, asalkan mereka tak buat jahat pada kita..

wanacesh said...

@Suhami Ahmad
itulah nma keadaan yg memaksa,,sstgh nya prlu duit yg byk bkn utk tmpung diri tp sluruh kluarga,,tukng sapu cukup ke gajinya?apa2 pun, betul, niat tu yg utama

wanacesh said...

@ijam ismail
cian kan,,tpi x semua pon problem mcm ni,,ada yg suka2,,tu lgi kesian

wanacesh said...

@Ms. MieRa
iyelah asal x kacau kiter sudah,,tpi kita ni kadg2 x kaco pon nk gosip gk,,mklumlh xde crita,,huhu (mintak jauhlah)

Unknown said...

sumenye de sbb dorg sdri..mcm sufiah 2..dlm brita xde pun mention sal mak ayh die problem..tp hkikatnya..msti de sbb..xkn tbe2..

dh follow blog ni

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment

time kacih daun pisang sudi komen yer,,hihi