Tuesday, April 5, 2011

Jadilah lelaki hebat seperti aku!

hai hari ni aku nak bercerita mengenai seorang lelaki yang sangat dikagumi oleh aku,,(selain rasulullah lah, itu sudah pasti hihi)  iaitu Encik S. walaupun Encik S ni x cukup sifat, sempurna, seperti seorang lelaki yang hensem dan bergaya dengan rambut ala-ala korean boy  tetapi ciri-ciri suami, bapa mithali semua ada padanya..jom kite renung-renungkan.
S menari-nari dengan aweknya
S bercinta dengan aweknya hanya untuk beberapa hari nak elak maksiat. Masa inilah perasaan cinta mula berputik, bila badan mereka berubah- ubah warna macam lagu hindustan , berenang seiring dan sejalan, bergurau senda dan berpusing2 di balik tiang  daun2 laut. Mereka akhirnya bertunang selepas penat main tarik tali kejar-kejar selama 8jam. kemudian S nak kahwin tanpa nikah,  jangan tiru, masa ni mereka berpusing-pusing x ingat dunia x payah cerita la, Aweknya berikan S benih, dan S simpan ke dalam kantung poket khas yang dia miliki sejak azali lagi. selepas hubungan terlarang itu, tiba-tiba awek tu jadi slim dan pergi meniggalkan S sendirian...kesian kan?
inilah kantung S
S memang lelaki mithali. Dia telah menggantikan tempat aweknya bininya untuk mengandungkan anak- anak mereka. sebelum lahir lagi, S bekalkan susu dan oksigen ke dalam kantung, agar anak-anaknya sihat dan kuat selepas lahir nanti.Semasa dalam tempoh mengandung, bini S melawat setiap pagi untuk say hello saje kot. lepas tu dia akan blah bgitu saja.
S beranak dengan muka
 menanggung seksa
Saat nak beranak hampir tiba. S beranak waktu malam supaya esok pagi kalau bini dia datang,bolehla buat anak lagi kan? banyak juga anak dia beranakkan lahirkan,, boleh cecah 100 lebih, kalau subur. Anak-anak pun kebanyakkan boleh hidup, kalau nak banding dengan Encik fish,,takde pun bagi milo susu untuk sihat dan kuat. 
Jadi apa hebatnya S ni? sebab dia mengandungkan anak dia ke? kalau aku boleh mengandung ganti bini aku, mestila aku lagi hebat dari S!,, -kata sorang laki yang x paham-paham lagi. 
cinta S hanya untuk seorang =)
-MATE FOR LIFE-
kalau nak tahu,,kebanyakkan spesis S, hanya ada satu bini saja..Mereka x mainlah konsep poligami ni,,bukan apa,,kalau tidak mampu untuk adil, selangkah kaki dah jatuh masuk api neraka tau..cukuplah sorang bini je,,even pagi2 je balik say hello,,xpela anak-anak kan ada pnghibur hati...inilah takdir hidup "S" a.k.a seahorse a.k.a KUDA LAUT. Allah menjadikan aku suami,bapa dan lelaki yang hebat mengalahkan manusia yang x bersyukur dengan bini satu jer, hihihihi~ sumber

psst: S ni berkahwin dengan spesis sesama kelompok dia jer,,x mainlah minah celup ni,,

24 comments:

Raji and Yeen said...

kuda laut memang binatang yg unik ;D
jantan pula yg mengambil responsible utk mengeluarkan anak

miyoko mohamed said...

hahaha..agk memeningkan ngn ayt,p best..hoho

wanacesh said...

@Raji berkata
ya sangat unik kan,,kalo lelaki nak mengandung mcm dia dikata buang tebiat pulak huhu

wanacesh said...

@miyoko mohamed
owh x phm ek? kiter dah sedaya upaya guna ayat baku,,nak kenak cek blik ni,,huhu

attholib said...

hehehehehehe.... Cayalah en.S!

Tapi rasanya wanacesh lebih suka en.AM (Asraf Muslim).. huhuhu

Nurfazilah Cipa said...

best!

nik lan nik mat said...

aku S jgk...superman...maka..aku pon hebat jugak...hahaha

www.dunialandax.com said...

takot plak nak poligami~tapi i love poligami!haha

silent said...

yek ye...je aku ingat apa

RHI said...

haha..contoh cinta sejati

wanacesh said...

@Mutalib attholib

haha!,,btulla ashraf muslim berpijak di bumi nyata en S dalam laut jer,,huhu

wanacesh said...

@nik lan nik mat
amboi sperman mana da hebat pakai suar dalam bru dapat terbang lalala

wanacesh said...

@encHIx laNDax

x pyh mengada nk poligami yer kalo x mampu,,buat susah hati bini jer,,huhu

wanacesh said...

@yatie Awang
cinta sejati membawa ke syurga,,cinta manusia keciwa merana,,lalala

Unknown said...

waaa, terharu atok dengar pengorbanan Mr S ni....lagi satu haiwan yang bapa mithali adalah penguin...

wanacesh said...

@Suhami Ahmad
btul tu tok,,kiter de tgk movie march of penguins n bapaknya jaga anak msa sejuk2,n bini ia p cari makanan,,he3,,bgus kn,,n penguin pun mcm en.S,, mate for a life =)

Unknown said...

penguin ni dah kena queen control kot...hehehe

nuriz said...

baru ada kesempatan nak komen ni..
lawak sungguh baca kisah encik S haha!! baik sgt le en S ni..:)

wanacesh said...

@Khairil

haha! cik khairil nh bukn penguin la tpi kuda laut,,kiter pon pk dia mcm queen control gk,,huhu,,laki kalo dayus pon x boleh gk,, tpi x pela bini dia kuar cri mkn kot,,bkn pergi berskandal huhu

wanacesh said...

@nuriz
tima kacik sudi komen cik nuriz,^^,cik S memang baik,,cik nuriz nk isi borang ke =)

suria lekatlekit said...

pening baca entri.. kekekeke

faINa989 said...

S for subhanallah. Kejadian ALLAH...=)

Jawahir Madeaming said...

benar2 suami contoh ni... mithali btol.... hehehe

Bella Hudgens said...

hahah comel lah mereka menari.. haha

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment

time kacih daun pisang sudi komen yer,,hihi