Monday, July 11, 2011

Kita semua peduli rupanya..

PELUDAH WARNA


puisi A Samad Said

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.



P/S: bermakan nya puisi ni,,teringat buku sejarah,,pejuang- pejuang tanah air menuntut kebebasan macam Rentap, haji abdul rahman limbong, tok janggut, pahlawan pasir salak dan Tun Abdul Rahman menuntut kemerdekaan..Sejak Tanah Melayu merdeka, penduduk negara ni macam  malas dah nak terlibat dalam perjuangan rakyat dalam tanah air sendiri. bila datang cerita macam BERSIH ni rasa seronok pulak tengok,,x kisahlah sape betul atau salah,,yang penting,  rakyat seperti dah ambil peduli hal- hal  berlaku dalam negara..Bagusnya..Rakyat didahulukan,,semoga memang betul kata-kata PM Najib ni,,hihi

6 comments:

HAFIZAL said...

patutnya kerajan bagi pelepasan diorang buat kat satium...masa memula diorang nak berarak, najib suruh buat kat satium...last bersih ubah fikiran....najib dan kunco2nya tak bagi plak BERSIH buat kat stadium..apa punya pemimpin kalo lidah bercabang

Unknown said...

thumbs up!

Unknown said...

huhu..saya tak faham....

Unknown said...

sekali Pak Samad berpuisi.....sungguh mencengkam...

iem said...

jangan menuduh dan menyokong saya...
g mngundi sekali nanti..
^_^

touya said...

Next times buat warna Pink , mungkin takda masalah

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment

time kacih daun pisang sudi komen yer,,hihi