Aku dengan tidak bangganya ingin mengisytiharkan di sini bahawa aku ni Bekas Emall Network Sdn Bhd..Lama dah aku masuk dengan E mall ni masa aku kanak-kanak rebina lagi,,eh2 bukan,,masa aku sem 2 la dkt U,,sekarang aku dah sem 6.Al kisahnya aku masuk sebab classmate aku mal (nama sebenar ke) yang perkenalkan. dia sangatlah bersungguh2 ajak aku pergi satu majlis malam kan konon ada kerja sambilan,,lepas event tu ada makan2,,aku yang sangat lah sengkek nak cari duit poket masa tu,,plus ,,x boleh dengar ada makan free apa lagi pergi jelah,,selain aku ada gak 2 orang member kelas aku pergi,,event tu tiap malam jumaat dekat Taita batu buruk.,Aku punyalah teruja tengok orang kat sana2 muda2 gitu,tapi baju diorang elegen-charismatic habis!!,,x semena2 kawan aku mal dijemput berucap kat depan,,dengan sungguh2 dia kata dah dapat income 5000 setelah 2 minggu masuk Emall,,
|
1 pasang (2 orang) 100 ringgit |
seperti yang kita tau (korang tau ke) Emall ni kalau dapat pairing dapat komisyen rm100,,malam 2 banyak jugak otai2 emall yang datang,,dan aku yang dari dulu hairan macam mana orang boleh berjaya dengan kuasa internet tunjukkan minat dan pergi dekat otai2 tu suruh tunjuk income statement diorang,,dungu memang dungu aku masa tu percaya habis la tengok income 5k,,dan otai tu adalah bro yang masuk bawah mus dengan joe (mereka yang paling atas sekali dalam level),,,mungkin betullah income bro 2 sampai camtu sekali kan sebab dia kan upline a.k.a line ke 2,,dan Mal kata kalau aku masuk aku akan jadi line ke 9,,ok,,(makanan xde pun minum teo peng segelas jer,,huhu,,teruja dengar semangat bos!! X hengat nak tanya pasal makanan)
Dah masuk tu,aku pakai pakej yang paling murah sekali iaitu rm 500,,nak cari prospek alahai sukarnya,,tiap kali jumpa kawan kena selitkan pasal Emall,,baru nak cakap dah kena sembur,,ok fine,,maybe aku memang x pandai nak memaniskan mulut dan berkomunikasi,,so ,,aku tumpukan saje kawan2 aku bawa mereka ke majlis yang tiap2 malam jumaat 2..Ada lah seorang otai Emall,jurusan diploma bisnes hotel,,dah boleh beli tiket p haji lagi untuk mak bapak dia,,siap tunjuk lagi tiket tu,,aku yang x berpijak di bumi nyata,,hanya berangan berharap aku akan menjadi seperti dia,,(halal x duit tu)
Then strategi aku Berjaya (hoorey!!diwaktu itu saje gumbira,,sekarang siot je) dapatlah SEORANG untuk jadi downline aku,,,dia pun buka rm500 gak,,then mal x habis2 desak aku buka lagi satu supaya jadi pairing,,aku yang teruja nak dapat komisyen pertama rm100,pergi bagi rm500,,(satu lagi perkara dungu,,jangan mengaku kawan ok)bagus,bagus!,, Boleh kata setiap hari la,,downline aku ni jumpa aku Tanya macamana nak cari prospek dia x dapat belajar asyik fikir macamana nak balik modal,,aku kesiankan dia,,aku tau dan faham perasaan dia,,sampai sekarang aku mnyesal babitkan dia,,dia pun bukan orang senang,,(aku pulak orang senang) Selalu juga aku menangis sebab aku x dapat tumpu pada pelajaran dan asyik piker macamana nak balik modal,,kenapa aku kata Emall penipu??( Oh yek kurng ajar betul aku dah cek komisyen 100 tu dalam bank xde la,,sebab bank aku yang satu ni,,memang xde duit asalnya,buka pekung sendiri, sebab 2 aku tau emall x msuk duit,,)
1.konsep canang: semasa approach prospek dekat MZA (kedai mahal kat kawasan U aku,,sekarang dah bungkus dah,,)kita kena cerita hebah atau canang kehebatan rakan2 kita yang lain, ada income yang 3K 4K,,padahal sumer x dapat income lagi pun,,bila aku tanya upline, bukan tu menipu ke namanya??mereka akan kata kita bukan menipu tapi mendoakan rakan kita sebenarnya,,ok fine,,dungu sekali lagi untuk aku,,
2.brainwash dengan mengajar menipu: masa approach jugak,,kita kena kaitkan dengan ibu bapa,,
Dungu 1: sampai bila nak bergantung dengan diorang,,sedangkan dah besar panjang,,guna duit PTPTpu untuk beli handset la,shoping la(serius bukan aku)apa salahnya guna untuk masuk Emall,pelaburan tu,,
Prospek dungu: kalau saya kata saya xde duit,,,
Otai Dungu: owh xpe,,ko p pinjam duit 100 kt mak 100 kt bapak,100 kat kawan,,100 kat aunty,,100 kat boypren,,solve!! rm500 cash, ambik kau, congrat!! U Emall’s member now,,
Prospek dungu: kalau diorang Tanya saya nak buat apa duit banyak2,,
Otai dungu: ala kau katalah kau nak beli buku ker,,nak buat final year projek ke,,ambik lesen motor ker,,kiter nak buat benda baik,nanti balik modal kau bayar la balik,,bertuah ada anak macam kau,,guna duit melabur untuk masa depan,(jangan tiru aksi ini)
Prospek Dungu: ok I masuk geng lu bro,,time kasih sangat2 perkenalkan benda ni dekat i..
(dungu betul aku masa tu ternganga jer tengok upline brainwash prospek) ingat ye kawan2,,niat tidak menghalalkan cara!!
3.banyak lagi sebenarnya kebongkaran yang boleh aku buat tapi aku dah lama cool down dengan emall ni jadi kemarahan aku sudah hilang bersama dendam aku pada Emall,,jadilah orang yang pemaaf,,x rugi tau
sekarang emall xde lagi dengar bunyi kat sekolah aku(U ialah sekolah bagi aku),,dah cabut lari agaknya,,budak kelas aku mal pun xde lagi bisnes Emall ni,,dulu sampai beli kereta alphad tapi bila duit dah x berkat,,kereta tu dah kena tarik,,bila orang tanya macamana bisnes skrg,,income dah blah22,,, ok malas nak tanya sebab apa dia cakap orang tak percaya lagi kan sebab banyak kes lain menunjukkan dia bukanlah orang yang jujur,,
Di bulan 12 tahun lepas, utusan online klik sini menceritakan kumpulan Emall ni disiasat sebagai skim cepat kaya,,mengapa begitu? Tanya saya pulak p lah Tanya utusan,,ok,,sebab kan,kan, Memang lah MLM tu banyak meningkatkan ekonomi Negara tapi yang x baiknya bila kita asyik sangat dengan mencari downline dan tiada focus untuk untuk menaiktaraf produk dan perkhidmatan kita,,wait,wait,,apa produk Emall? jual tapak untuk promote produk sendiri kat intenet,,bukan sekarang boleh dapat tapak free ke kat mudah.my,,ye tak ye kan,,,produk ape ni?? (melalut la kau seorang)
Tiba2 aku teringat memori bersama Emall, yang melukakan,,bila tiba2 ada seorang innocent boy kerja ambik order kat kedai makan nak approach aku masuk MLM untuk Power akar a.k.a r**t pulak,,aku nampak diri aku dalam dia,,sedih sangat dan please lah kepada yang ikut MLM jangan lupa diri, jangan sampai kegilaan kita mencari harta dunia buat kita x sedar kita sudah menghancurkan,,melukakan,merosakkan hati dan hubungan dengan orang lain,,buat bisnes sendiri lagi bagus!!
Kemewahan Telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), Dan janganlah begitu, kelak kamu akan Mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, Niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
-At takaatsur-