Monday, January 31, 2011

Mesir merusuh,,ada aku kisah?,,

Hai,,baru teringat nak join segment abang ben untuk newcomer blogger,,tapi ada sesuatu yang lebih penting dari tu,tentang rusuhan di mesir atau nama mat salehnya Egypt,,tunggu,,! kepada sesiapa yang x suka baca cerita yang heavy jangan pergi dulu,,aku tak kan potpetpotpet panjang lebar mengarut2 hari ni,,just nak bagi basic story apa kes yang berlaku kat mesir ni dan kenapa kita perlu kepoh2 busy body wajib tau isu ni,,
hosni dikoyak rakyat sendiri
malam di mesir
 Mesir diperintah oleh presiden Hosni Mubarak,,Dia ni dah 30 tahun jadi presiden,,awat x pencen2,, dan  sangat zalim kejam penting sekali anjing israel..Rusuhan rakyat di mesir adalah sebab rakyat dah x tahan lagi dengan kerajaan pimpinan si hosni ni, maka bermulalah "Hari Kebangkitan Kemarahan"  pada 25 Januari lalu.Rusuhan ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.Dah ada rusuhan confirmla darurat diishtihar. Polis2 kat sana dok sebok kelam kabut control rakyat merusuh sana sini dan yang menakutkan 5000 banduan penjara terlepas,!!dahlah diorang ganas2 macam yang dalam tv tu,,agak2 apa diorang buat,,??
riot in mesir
Apa kaitan dengan kita ni,,??ok,,sabar,,di mesir dilaporkan 6000pelajar Malaysia di sana,,dan sumber lain kata juga ada 11000 rakyat Malaysia tinggal seluruh mesir..Dengar khabar ada pelajar kita dekat sana dirogol,,(nauzubillah hrap x betul) dan yang pasti rumah mereka memang ada yang diceroboh dan dirompak,,segala alat perhubungan disekat,,dan apa yang kita mampu buat?? BERDOA,BERDOA DAN BERDOA,semoga Allah selamatkan mereka di sana,,berita terkini pukul 8.30mlm td, kerajaan akan membawa pelajar kita ke negara jiran (Arab Saudi, Jordan..) untuk diselamatkan menggunakan jalan darat..tapi semua student ke kena angkut?manalah aku tau!!6000 tu,,,
x nak bebel lagi,,,ingat!!apa yang berlaku sebenarnya lagi teruk dari apa yang kita dengar,,,


Hosni bubar kabinet lama,,tukar kabinet baru,
,apa risikonya??berlakulah negara tiada pemimpin,,
ramai rakyat Mesir terbunuh oleh polis yang tak sabar lagi
airport,balai polis dan kereta dibakar
ni baru betul ringkasan,,eee,,( bacer kat blog cik swift,
1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir.
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat.
3. 5000 banduan terlepas dari penjara.
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak.
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan.
6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar.
7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini.
p/s: ada kita kisah?

sumber: http://jomphp.com/
http://obefiend.blogspot.com/
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
http://ignorantbrat.blogspot.com/
http://negative46.blogspot.com/

Sunday, January 30, 2011

Kenangan kita yang hilang,,,

Hai,,sepatutnnya di waktu cuti, aku banyak idea nak tulis apa sebab bertapa dekat gua musang,eh rumah,,tapi tak tau lah kenapa ilham tak datang2.,beribu bintang di langit kini menghilang,,meraba aku dalammm,mm,,lalala,,,kau ilhamku,, sudah la tu,,,aa harini di kala angin bertiup macam nak ribut,,tolak-tolak awan hitam tapi tak juga hujan-hujan,aku nak join segmen nelly yang aku jumpa kat blog cik kodek, iaitu segmen permainan masa kecik-kecik.,bagus sangatlah untuk orang yang  tengah kering idea ni jomlah kita membasahkan minda kita,,he3,,

1. Masa kecik-kecik suka main apa ?
masa aku duduk quaters(sekali anak polis daa,,T_T,,), kami anak polis selalu main polis entry(wajibulghunnah), naik bukit turun bukit (besar busung semut je) galah panjang dan panjat tembok. Sangat terhad kerana quaters memanglah sekangkang kera je..Bila aku darjah 4 aku pindah taman,,dekat sana baru jumpa ramai geng,,sebab ada padang, tiada lagi kawan dengan anak polis yang skema,,(ingat wana kau anak polis,,).Dekat taman tu kami main ikut musim,,musim angin,,main layang-layang,musim cerita pokemon dengan digimon,,aku main battle2 kad,main beli sticker tampal kat buku (habis duit poket), musim bola main bola, main gasing,main guli, lagi main lompat getah,lubang tikus( untuk awek2 je dengan au,,) main pondok2 panjat pokok,dan juga main berlakon2 (nama mina dengan mat wajib). Bila aku masuk tingkatan satu baru aku tak main dah sebab duduk asrama. Tak heran ke kenapa aku x main masak2 atau baby2 doll? x heran pon kau kan skema anak polis,,bukanlah,,sebab mak aku suruh main luar rumah supaya keluar peluh, lagi satu,,kalau beli pagi,,tak sampai malam mainan kecai dah,,aa lagi satu,,nanti berebut main,, lagi satu,,,blah blah blah,,,,(sampai esok pun citer x habis)
2.Memandangkan dah besar ni, rasa-rasa nak ulang balik tak?
Orang gila je x nak ulang..Mestilah aku nak balik zaman tu,,x payah fikir nak cari duit,,nak buat assigment bertimbun,,cuci baju yang membusut,, masalah i cantik lu x cantik sebab jerawat x mau hilang2,,masalah cinta yang menangis hikhukhikhuk,,(eh aku dah kahwin la,,im happy go lucky!!yehaa,,)..Lagipun dulu hari-hari fikir esok nak main apa,,petang main sampai rembes peluh yang ke titisan terakhir,,malam tidur lintang pukang,,membongkang sana sini, sambil bunyi krokkrokkrok,,,(adik aku je aku tak,,hihi),,esok bangun dengan segarnya,,i;m a hero,,,sekarang ni,,siang2 tak keluar rumah lagi dah,,peluh pun x usir2,,,,bosannya,,buka tv citer sinetron,,ala,,boringnya,,tidur siang lah,,,malam jadi kelawar,,nak cun sikit jadi vampire,,hihihihih,(nampak taring,,air liur pun merah darah),,hihi,,,mengilai2 x dapat tidur..esok pagi jadi zombie,,,hm,,,zzzzzz
3.Rindu tak masa itu ?
Mestilah aku rindu,,Kadang2 aku mimpi budak-budak masa aku main dulu,,Sekarang tak taulah mana semua pergi(padahal aku yang berpindah randah),,dulu tak teringat nak minta biodata, no telefon,,maklumlah budak dulu mana ada hp,,yang ada pun tangan berlagak jadi hp letak kat telinga( untuk secretary masa main syarikat2),,Aku selalu mimpi yang indah, sebab tu tak mau bangun2,mimpi aku selalu cerita tentang hal2 dulu2,,Betapa rindunya aku ,,,korang x rindu ke?,,Rindu,,,rindu serindu rindunya,,,,lalala,,,namun kau,,ok ok,stop.
ami adik aku
enel yang macho
Kesimpulan: Aku hairan dengan budak masa sekarang contohnya ami(adik aku lain mak sama bapak)dia kata dekat sekolah dia main kahwin2,,pakkepakkepakkepungkepung,,,cousin aku enel,,main playstation dalam rumah x keluar2,,sekarang ni pakai spek kanta tebal badan pun kurus jer macam orang x sihat,,kuman peluh x keluar kot..kesimpulannya adakah anda ingin melahirkan anak di zaman seperti ini??eh silap,,konklusinya hari dah nak kiamat kot,(ape kaitan),,semua dah tak indah macam dulu,,hidup kucar kacir je,,,

P/s: Wahai kawan-kawan mari sembah Allah,,wahai kawan-kawan mari ikut perintah Allah,,wahai kawan-kawan,marilah sembahyang,,wahai kawan-kawan itu pesan Rasulullah,,,dengan bersembahyang hati jadi tenang,,jiwa jadi lapang dosa hilang Allah sayang,,,lalala,,,aku nyanyi x sedaplah,,bye-bye,,

oh yer(x habis2 nak mengarut),mak aku dulu ajar main satu permainan,,malam-malam je main,,namanya main tidur-tidur,,semua orang kena tutup mata lama-lama,,,pastu kami pon krok3,,,ha3,,bye-bye,,(kali ni betul nak blah)

Thursday, January 27, 2011

NewBlogger: Jom sama-sama up traffik,,!!

mukaddimah: salam siang khamis malam jumaat,,hari ini aku xde kerja (ada sebenarnya,malas buat,),,jadi aku baca gossip2 x berfaedah,,(pasha panda la,buat dosa jer), maklumlah harini x pergi kelas jadi takde geng nak gossip2 (ape nak jadi),huhu,,akibatnya banyak singgah blog orang jadi asyik nak post entry baru je hihihi,,

Target: kepada semua blogger yang masih baru macam saya ni kan,,jom lah kita up traffik,,apa paedahnya trafik tinggi?? Berbalik kepada tujuan aku buat blog:::Dulu blog aku private je sebab banyak citer personal, sekarang dah status public supaya aku dapat menyebarkan ilmu dan ape yang aku tahu (cewah,,macam banyak je ilmu di dada kan,,) jadi kalau traffik kita tinggi,,,pandangan di blog kita dapat disebarkan,,betul tak?? aku rasa memang majoriti tu lah tujuan orang buat blog,,

Ok post ni aku jumpa dekat blog nanny, thanks la dekat dia kan sebab dia aku dapat join linkchain ni,,

Macam ni,,cara-caranya,


1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.



15. A Shoulder To Me To Cry On
 
PERATURAN!!!


1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

***So urutannya jadi mcm nie...

15. Letak link anda

Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jayakan okk….
Selamat mencuba!!!

***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak... Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat... ingat lagi byk backlink kiter... lagi tinggi rating kiter kat google..
P/s: nampak susah je,,tapi senang sebenarnya,,copy je artikel ni start dari Cara-cara tu,,lepas tu korang modified la apa yang patut,,aaa,,kalau tak paham tanya lah aku,,kaunter pertanyaan buka 24jam,7hari,,

Wednesday, January 26, 2011

Pertama kali ikut contest!! (hakhakhak!)

'Bloglist Anastasyea Bulan Februari 2011'

salam sejahtera semua,,semoga sihat2 belaka,,hihi,,harini mood saya baik (mud baik jadi guna kata nama saya terus,hihi,)dan macam biasa jalan sana sini pakai jari pergi blog orang,,seumur hidup saya x pernah pulak join kontest,,macam best jer perasaan bila dapat award dari cik SKY,,sebab komen saya yang bagus..(bagus ker?tet,,),hari ni saya nak cuba join kontest blog anastasyea kanta mata coklat nih kontek lens ke?ops jgn marah kak anas,hehe),,tarikh tutup 30 Januari 2011,,sempat lagi nih,,yohoo,,

walaupun tak disuruh tapi saya nak tulis juga,,
Saya suka nak join kontest "Bloglist Anastasyea bulan Februari 2011" kerana...dotdotdot..eh..sebab kak anas cute sangat biler buat peace kat avatar tu,,hehe,,sebenarnya sebab saya suka datang blog kak anas yang banyak pengetahuan terkini yang boleh diaplikasikan,,(cewahh,,)lalalala,,,,,
peace!!cute x hihi,,
aaaa ,,kalau nak tau syarat nyer,,klik link kat bawah ni,,,,senang je syarat nyer,,(x pakai duit atau air liur pun,,)

Monday, January 24, 2011

Pergaduhan adik beradik paling TOP di Malaysia!!

ok hari ni ,aku nak,blah3,,(intro),,Just go direct 2 the point,,aku shock and sedih sangat2 bila baru tau Azmin Ali timbalan PKR dan ummi hafilda bekas geng UMNO , actually,,adik beradik!!(agak lambat aku tau kerana tidak dapat terima kenyataan,,(loading,,,,,still processing,,,,nak percaya ke,,,,tak,,,,,,ape??,,,)
aku saman kau abang,,-umi-
kes umi saman azmin,,,gaduh sana sini,,ape nak jadi depa ni,,pasal POLITIK CIKAI pun nak gaduh2 sampai orang sumer tau,yang si abang pulak percaya dengan orang lain,,kalau aku jadi mak bapak diorang aku pi jumpa depa la ni pastu kasi hantuk kepala diorang depan orang,,apela,,kasi malu mak bapak je,,,aku tabik spring la dengan azwan ali,,walau dia tu nampak weird la,, support jugak umi tu (sekali kakak dia daa,,),,even aku sebenarnya pun xtau sape betul sape salah,,aku peduli ape kan,,whats wrong with people now,,??!where is THE LOVE?the love... the love...,lalala,dinyanyikan oleh hitam mata kacang,,
berani adik saman abang?kasi tau mak!-azmin ali-
awat nh,,jangan gaduh2,,-azwan ali-
Hari ini aku tak dapat tido sebab hati ni sebak sangat teringat adik beradik kat kampung,. Dulu masa kecik,,even selalu gaduh, tarik rambut dia,dia gunting rambut kita masa tidur,bangun pagi nangis rambut kontot2 atas kepala mcm kartun 7up pnyer rambut ,pukul dia,,dia pukul balik, sorang nangis,,sorang puas dalam hati kecut,,sebab abah dengar bunyi,maklumlah tengah tidur krok2 x boleh bising,dengar bunyi terpekik jer,abah bangun kasi hantuk kami punya kepala,,adoi,,kan dah kata jangan bising,, terdiam terus kami nangis dalam hati,,x lama berapa saat,,,
"nak main tak?"
sambil suara bengis giler tapi muka mintak simpati sebab xde geng nak main,,bising lagi, huhahuha,,!!masing2 macam monyet je x boleh duduk diam,abah bangun lagi,hantuk lagi,,dan blah2,, kasi ulang semua cerita,,,
tapi sekarang semua jauh,,masa cuti pun dah jarang dapat jumpa,,apatah lagi nak bergaduh,,rasa rindu pulak,,nak call pun,,segan la pulak,,lama x citcat sampai dah lupa cara nak borak until gaduh,,nasib ada mak , yang jadi tukang cerita, orang tengah,,penggalak humour,,penyambung kasih sayang kami adik beradik,,((sob3,,rindu sgt,,)
BIla makin dewasa, makin dah ada akal,makin tamak,plus tinggal pulak dalam dunia yang serba kejam ni,kita lupa semua kenangan dulu,,adik dengan abang,abang dengan kakak bergaduh bukan lagi nak ajak main lepas tu,,c u in court!!,,air dicincang takkan putus pun dah x releven lagi,,

p/s:;sumer boleh jadi bila dunia dah kiamat,,,tapi amal x cukup lagi,dosa pon bertapuk2,camana nak buat ni,,(,sambil x sedar diri makan kacang lagi,,,isk3,,,)

Friday, January 21, 2011

Cinta & Perkahwinan??

Love yang dikorek dari hati saya
Suatu ketika Plato berbicara dengan gurunya.Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab,
" Masuklah ke dalam hutan pilih dan ambillah satu batang ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.
Maka, masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya bertanya, maka jawab Plato:
 “Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa”.
Guru itu pun berkata:
" Itulah cinta." 
baju kahwin versi kompius

Lalu Plato pun bertanya apa makna perkahwinan. Guru pun menjawab:
 “ Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan. “
 Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.
Gurunya pun bertanya maka jawab Plato:
 “ Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya. Tetapi saya tidak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin boleh merawatnya dan menjadikannya indah. “

Lalu sang guru berkata: 
“ Itulah makna perkahwinan. Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon berserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih, tidak satu pun akan kita dapati.”
Sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak kami dapati pada 2 orang yang sedang bercinta itu lebih baik dari nikah" (dah nikah yahoo)
"Alamak,,duit pulak x cukup,," klik: Tabung Perkahwinan
Abang Sigmund yang macho
"Cinta lelaki kepada perempuan dan sebaliknya, walaubagaimanapun susun kata dan halus bahasanya maksudnya hanya satu iaitu seks "-Sigmund Freud-(my god!,,is it true??confius n gloomy,,)


Kesimpulan: "Hanyalah dengan mencintai Tuhan dan Rasul Nya, cinta itu kalis dan kudus"-Omar Khayyam-

Saturday, January 15, 2011

Emall Penipu??!!

Aku dengan tidak bangganya ingin mengisytiharkan di sini bahawa aku ni Bekas Emall Network Sdn Bhd..Lama dah aku masuk dengan E mall ni masa aku kanak-kanak rebina lagi,,eh2 bukan,,masa aku sem 2 la dkt U,,sekarang aku dah sem 6.Al kisahnya aku masuk sebab classmate aku mal (nama sebenar ke)  yang perkenalkan. dia sangatlah bersungguh2 ajak aku pergi satu majlis malam kan konon ada kerja sambilan,,lepas event tu ada makan2,,aku yang sangat lah sengkek nak cari duit poket masa tu,,plus ,,x boleh dengar ada makan free apa lagi pergi jelah,,selain aku ada gak 2 orang member kelas aku pergi,,event tu tiap malam jumaat dekat Taita batu buruk.,Aku punyalah teruja tengok orang kat sana2 muda2 gitu,tapi baju diorang elegen-charismatic habis!!,,x semena2 kawan aku mal dijemput berucap kat depan,,dengan sungguh2 dia kata dah dapat income 5000 setelah 2 minggu masuk Emall,,
1 pasang (2 orang) 100 ringgit
seperti yang kita tau (korang tau ke) Emall ni kalau dapat pairing dapat komisyen rm100,,malam 2 banyak jugak otai2 emall yang datang,,dan aku yang dari dulu hairan macam mana orang boleh berjaya dengan kuasa internet tunjukkan minat dan pergi dekat otai2 tu suruh tunjuk income statement diorang,,dungu memang dungu aku masa tu percaya habis la tengok income 5k,,dan otai tu adalah bro yang masuk bawah mus dengan joe (mereka yang paling atas sekali dalam level),,,mungkin betullah income bro 2 sampai camtu sekali kan sebab dia kan upline a.k.a line ke 2,,dan  Mal kata kalau aku masuk aku akan jadi line ke 9,,ok,,(makanan xde pun minum teo peng segelas jer,,huhu,,teruja dengar semangat bos!! X hengat nak tanya pasal makanan)

Dah masuk tu,aku pakai pakej yang paling murah sekali iaitu rm 500,,nak cari prospek alahai sukarnya,,tiap kali jumpa kawan kena selitkan pasal Emall,,baru nak cakap dah kena sembur,,ok fine,,maybe aku memang x pandai nak memaniskan mulut dan berkomunikasi,,so ,,aku tumpukan saje kawan2 aku bawa mereka ke majlis yang tiap2 malam jumaat 2..Ada lah seorang otai Emall,jurusan diploma bisnes hotel,,dah boleh beli tiket p haji lagi untuk mak bapak dia,,siap tunjuk lagi tiket tu,,aku yang x berpijak di bumi nyata,,hanya berangan berharap aku akan menjadi seperti dia,,(halal x duit tu)
Then strategi aku Berjaya (hoorey!!diwaktu itu saje gumbira,,sekarang siot je) dapatlah  SEORANG untuk jadi downline aku,,,dia pun buka rm500 gak,,then mal x habis2 desak aku buka lagi satu supaya jadi pairing,,aku yang teruja nak dapat komisyen pertama rm100,pergi bagi rm500,,(satu lagi perkara dungu,,jangan mengaku kawan ok)bagus,bagus!,, Boleh kata setiap hari la,,downline aku ni jumpa aku Tanya macamana nak cari prospek dia x dapat belajar asyik fikir macamana nak balik modal,,aku kesiankan dia,,aku tau dan faham perasaan dia,,sampai sekarang aku mnyesal babitkan dia,,dia pun bukan orang senang,,(aku pulak orang senang) Selalu juga aku menangis sebab aku x dapat tumpu pada pelajaran dan asyik piker macamana nak balik modal,,kenapa aku kata Emall penipu??( Oh yek kurng ajar betul aku dah cek komisyen 100 tu dalam bank xde la,,sebab bank aku yang satu ni,,memang xde duit asalnya,buka pekung sendiri, sebab 2 aku tau emall x msuk duit,,)

1.konsep canang: semasa approach prospek dekat MZA (kedai mahal kat kawasan U aku,,sekarang dah bungkus dah,,)kita kena cerita hebah atau canang kehebatan rakan2 kita yang lain, ada income yang 3K 4K,,padahal sumer x dapat income lagi pun,,bila aku tanya upline, bukan tu menipu ke namanya??mereka akan kata kita bukan menipu tapi mendoakan rakan kita sebenarnya,,ok fine,,dungu sekali lagi untuk aku,,

2.brainwash dengan mengajar menipu: masa approach jugak,,kita kena kaitkan dengan ibu bapa,,

Dungu 1: sampai bila nak bergantung dengan diorang,,sedangkan dah besar panjang,,guna duit PTPTpu untuk beli handset la,shoping la(serius bukan aku)apa salahnya guna untuk masuk Emall,pelaburan tu,, 
Prospek dungu: kalau saya kata saya xde duit,,,
Otai Dungu: owh xpe,,ko p pinjam duit 100 kt mak 100 kt bapak,100 kat kawan,,100 kat aunty,,100 kat boypren,,solve!! rm500 cash, ambik kau, congrat!! U Emall’s member now,,
Prospek dungu: kalau diorang Tanya saya nak buat apa duit banyak2,,
Otai dungu: ala kau katalah kau nak beli buku ker,,nak buat final year projek ke,,ambik lesen motor ker,,kiter nak buat benda baik,nanti balik modal kau bayar la balik,,bertuah ada anak macam kau,,guna duit melabur untuk masa depan,(jangan tiru aksi ini)
Prospek Dungu: ok I masuk geng lu bro,,time kasih sangat2 perkenalkan benda ni dekat i..
(dungu betul aku masa tu ternganga jer tengok upline brainwash prospek) ingat ye kawan2,,niat tidak menghalalkan cara!!
3.banyak lagi sebenarnya kebongkaran yang boleh aku buat tapi aku dah lama cool down dengan emall ni jadi kemarahan aku sudah hilang bersama dendam aku pada Emall,,jadilah orang yang pemaaf,,x rugi tau

sekarang emall xde lagi dengar bunyi kat sekolah aku(U ialah sekolah bagi aku),,dah cabut lari agaknya,,budak kelas aku mal pun xde lagi bisnes Emall ni,,dulu sampai beli kereta alphad tapi bila duit dah x berkat,,kereta tu dah kena tarik,,bila orang tanya macamana bisnes skrg,,income dah blah22,,, ok malas nak tanya sebab apa dia cakap orang tak percaya lagi kan sebab banyak kes lain menunjukkan dia bukanlah orang yang jujur,,

Di bulan 12 tahun lepas, utusan online klik sini  menceritakan kumpulan Emall ni disiasat sebagai skim cepat kaya,,mengapa begitu? Tanya saya pulak p lah Tanya utusan,,ok,,sebab kan,kan, Memang lah MLM tu banyak meningkatkan ekonomi Negara tapi yang x baiknya bila kita asyik sangat dengan mencari downline dan tiada focus untuk untuk menaiktaraf produk dan perkhidmatan kita,,wait,wait,,apa produk Emall? jual tapak untuk promote produk sendiri kat intenet,,bukan sekarang boleh dapat tapak free ke kat mudah.my,,ye tak ye kan,,,produk ape ni?? (melalut la kau seorang)

Tiba2 aku teringat memori bersama Emall, yang melukakan,,bila tiba2 ada seorang innocent boy kerja ambik order kat kedai makan nak approach aku masuk MLM untuk Power akar a.k.a r**t pulak,,aku nampak diri aku dalam dia,,sedih sangat dan please lah kepada yang ikut MLM jangan lupa diri, jangan sampai kegilaan kita mencari harta dunia buat kita x sedar kita sudah menghancurkan,,melukakan,merosakkan hati dan hubungan dengan orang lain,,buat bisnes sendiri lagi bagus!!

 Kemewahan Telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), Dan janganlah begitu, kelak kamu akan Mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, Niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
 -At takaatsur-

Friday, January 14, 2011

Devilish 9star

Cover buku ni sangatlah cute, belek punya belek ayat di dalam, paham jugaklah bahasa ia,,Lulus! checkout dari library,,
ok,caritanya sangat lah unik, mengenai awek namanya Allison yang mempertaruhkan 'soul' (aku rasa roh) nya kepada syaitan bertopengkan manusia iaitu Lanalee. Sebagai ganjaran syaitan memberikan apa yang Allison inginkan. Allison yang cintakan dunia dan kemewahan, x hengat diri, mengabdikan diri nya kepada syaitan sehingga memakan diri nya sendiri. Sahabat baiknya Jane sangat setia kalah lesbian, sanggup menggantikan tempat Allison setelah mengetahui bahawa Alison membuat perjanjian dengan iblis.

Khurafat ke?
Entahlah aku baca jer..
Maureen Johnson
Cerita ni agak ganjil,sebab syaitan a.k.a Laureen, seorang yang sangat menepati janjinya,,ala,,apapun cerita mat saleh memang pelik2 pun,, penulis cerita ni  namanya Maureen kalau tak menulis hobinya ialah fighting evil dengan cara nya yang tersendiri.(macam uncleseeker kot),.1st time aku baca synopsis buku ni, macam movie Jennifer body tu,,tapi cerita dalam buku ni lagi menariklah,,x sama pun
Megan Fox berlakon
Tapi aku rasa cerita ni macam ada kaitan dengan illuminati,pebenda tu??baca sendirilah,,,,sebab iblis a.k.a Mr. Fields telah mengarahkan Laureen untuk menggoda manusia terutamanya yang mempunyai kelebihan tertentu (contoh Jane genius sangat dalam kelas anak prof tu),, Manusia2 seperti Jane ini akan diserap masuk dalam komuniti syaitan untuk menjadi orang tertinggi dalam Kerajaan iblis. Macam zaman sekarang artis2 barat yang popular  jadi agen untuk illuminati macam Lady gaga, justin biber,, Michael jackson
Apa pun buku ni memang best thumbs up,,applaud!
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh melakukan perkara yang keji dan yang mungkar.”

Wednesday, January 12, 2011

The House On Hope Street 8star

old book 2000
How do you react when suddenly your husband died and leave you with 5 children still underage? We sure can’t imagine and never expect it to happened except if our husband was a damn-devilish-screw-guy (ops!)
when the judge already command,nothing
 can break the law
Liz had a 18 years happy family marriage with Jack and their 5 children, Megan Rachel Anne Peter and Jamie. They also manage their own successful law practice (specialize on family law especially divorce matter) with their excellent team worker, Jean. Their daughter Megan stubborn one, 14 years old, while Rachel often follow her sister act, 13years old and Anne 11 years old, less harm compared to other sister. Their bother Peter the one that often spending time with his girlfriend but never fail sustain build tight bond with his family especially with Jamie, the youngest one, special child who learn delayed that he should be on his own age. But he is the kindest and gentlest who have a wonderful sense of humor among his brother and sister.
Jack was shot by his client's husband
But their perfect happy family, scattered during the tragedy of Christmas morning, when Jack went to office to collect his paperwork, was shot by his client’s husband. Liz and the children continue their life with sorrow and emptiness; she had to work overtime to keep moving their law practice on her own, while in the same time help her children recover from their father’s death.  However, even time passing by, she still feel empty and often miss her husband until she met Dr Bill the workaholic and serious guy, that save Peter’slife. She never expects to fall in love again after 9 months become a single mother, and Peter also never dreams of loving someone too after his life marriage failed twice time. More worse, they got bad response from most of the children as they think Bill want to replace their father position in the family.
Danielle Stelle (best selling author)
In my opinion, the storyline was a moderate one, nothing urge my nerves to read more passion as I can expect the end of the story, seem s like other Malay novel which full of relationship between family member and lover but what make me stay still to read more as the story told with the simple language, simple style, not complicated and success in making me feel the misery life of Liz.
left: me ,mak , wiwi, kak long  (2007)
 As I read the story, I remember the time when my mothers want to get married after 4 years become a single mother for 6 children also underage same like Liz. (My parents divorced, after my father get married once again,  when I still in 14 years old, other siblings 15,13,12,7 and 5 years old). I agreed without thinking while one of my sister and one of my brothers hesitated and never happy. My mother deserve more even to had a partner in her life as I remember the time when she raise us by her own, start selling nasi lemak, open small business  sewing clothes and so much time she never fail give us what should we have on our own age. She was the superb one, had a power of woman even men, full of humour and determination.  I never regret my parents separated as now look what they had in the ending of the failed first marriage. They get what they wanted, happiness with their own partner, and Praises to Allah for the best fate that He created for us. Full of mystery!


"Allah menguji keikhlasan hati bila kita bersendirian,
memberi erti kedewasaan bila kita ditimpa masalah,
melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan,
tak pernah ambil sesuatu yang kita sayang,
KECUALI
gantikannya dengan yang lebih baik,," 
salam ceria!!

Thesis: bila nak buat??

minah mana ntah yang stress

Sudah2 la aku merayau kat intenek, bila lagi aku nak stat buat thesis ni,,pikir je dah buat kepala aku berdenyut denyut,,tengok orang dah start buat dari cuti lagi,,rasa berkobar-kobar je, pagi tadi berazam,,balik rumah nanti aku mesti start buat,,

tapi nak mula dari mana?,siot je,dahla due date final draft 17.2, 1st kelas plk aku buat cuti persendirian,,bertenang dulu sehari , nak ambik mood belajar ..sekali 1week aku cuti nak datangkan feel ,,cis!

aa,mungkin aku patut mula yang senang dulu,,contohnya: buat Methodology,,,,

Methodology
1.

Hmm,,esok ada subjek untuk final year project, mungkin ada cakap sikit2 pasal thesis. Apa kata aku dengar kata2 aluan dari cikgu dulu,,barula datang idea kan,, ?sebab berkat tengok wajah guru,,hehe—

ps: Semoga Berjaya esok!! (khas untuk aku yang malas tapi x mengaku,,)

Monday, January 10, 2011

Jari Yang MALAS


hai...nape aku malas sangat nak update blog aku ni,,asyik blogwalking ke blog orang je,,pastu ceh yang jadi mangsa kena dengar aku bercerita apa yang aku baca,,(aku sangat geram hati melihat dia kadang2 berangan tak fokus apa aku cerita))
Ya Allah tolonglah gerakkan jari aku ni menaip mengeluarkan apa yang aku baca instead pakai mulut dan tak ada sapa yang dengar, (kecuali ceh,, sebab dia sorang je aku mengadap almost 24hour,,) WASTE!!

Friday, January 7, 2011

PTPTN ni masih PTPTPU ke?

azam lama x sempat nak capai,ish,,
Happy New Year 2011!!!(semoga segala azam baru tercapai semuanyya..) Hampeh je aku nih baru nak wish,,sekarang dah  hari ke 7,,aku berlakon macam la hari pertama,,ok,,lantaklah,,au tersangat la sibuk sehingga tiada masa nak post entry baru,,sibukk,,hm,,sibuk apa?,,sibuk baca buku baca suratkhabar,,baca blog orang,,aku tak tau kenapa aku addict sangat membaca,,kalau baca buku teks ke,,buku Critical thinking ke,,ok jugak dapat asah otakk hasilkan idea baru menggegar dunia,,ni baca leleh2 lepas tu aku lupa,,dahla aku ni super-pelupa!!
pinjam talipon graham bell
OK malas nak mengarut,,tahun baru ni aku sangat teruja kerana tak lama lagi pilihanraya,,tapi aku dengar2 pilihanraya tak jadi tahun ni sebab kerajaan masih kelam kabut,,(alamatnya tak merasa la aku nak tengok pilihanraya umum kat semenanjung pulak),,aku dengar best, seronok,,yeke?

Pagi tadi mak aku telepon suruh aku pergi daftar dekat website PTPTPU,, ala PTPTN tu sebab kerajaan dah turunkan 3% kadar faedah kepada 1%,,xpaham? Macam ni,,aku belajar pinjam 21000 (mak datuk!) tapi masa nak bayar balik aku kena la kasi bunga RM630 la kalau 3% + RM21000+ RM21630,,(betul ke aku kira),aaa,,aku pakai ptptn la,,x tau ke? Biasala orang slow macam aku ni mana la dapat biasiswa,,orang baca sekali,,dapat A aku baca 5 kali hafal 5kali baru dapat A (insyaallah lah,,kalau tak dapat,,nak buat camana, itulah takdir,,huhu)
bosan dengar
Ish wat sedih je,,ok,sambung tadi,,mak aku kata dia dengar kat radio,,kerajaan khabar masih sedikit saje yang daftar kat PTPTN tu sambutan tak memberansangkan,,apasal? Budak2 x happy ke bunga dah turun? ,,hmm,,nak happy apenya kalau x payah bayar terus barula berebut rebut orang x hengat dunia p daftar mak oi,,naa,,
riba ker,,entahla

Tapi bersyukur jela dengan apa yang dah ditakdirkan,,ok la 2,,Cuma yang buat aku heran kenapa lah x tarik je bunga,,x payah bunga2 la,,nak belajar pun susah ke dalam Malaysia ni sampai tak de duit nak pinjam2 macam siot je,,belajar tinggi2 ada hutang rupanya,,orang kata aku x bersyukur,,tapi tengoklah Negara lain macam Amerika Latin,,Venuzuela (betul ke ejaan),,bagi pendidikan percuma je dekat rakyatnya!!,,ok mungkin aku telebih emosi atau terlalu meminta menagih benda yang x patut,,tapi apa salahnya bagi pendidikan percuma dekat budak sek rendah je,,,ni nak bayar sampai yuran computer RM11 sebulan,,cheh,,bilik komputer x jugak bukak2,,aku ingat lagi dulu sek rendah dok intai2 bilik komputer,,x pakai2 sampai aku blah,,sekarang depa buat anaiya adik2 aku pulak,,
nak percaya ke tak?
Aku rasa la kan cas PTPTn turun x dapat sambutan, sebab budak2 nak tengok apa kerajaan nak offer, sebab dalam 100hari Pakatan rakyat kan,,puak pakatan nak rombak balik system PTPTN ni,,yahoo,,,aku tak tau la nak rombak camana,,tapi mungkin kerajaan dah gelabah  bagi respon turunkan cas PTPTN ni,,hihihii,,aku bukan pro atau kontra mana2,,suka2 nak tengok politik2 ni lawan cara bersih,,tawar menawar,,asal jangan ada yang buat rusuhan sudah ,, still ok!! apelagi p lah daftar sekarang,,ada tarikh tutup tau,,

Sunday, January 2, 2011

SHOPAHOLIC takes manhattan (1O star)),


Hi, today I want to talk about my one of my favorites book in shopaholic series,, SHOPAHOLIC TAKES MANHATTAN!!,,Eventhough I never own any shopaholic books, (no money no spending,), but i already had read all those book and can’t wait the following new girl,, mini shopaholic,, hehe,,
Let's shopping with Becky!

This time Becky now had her amazing career as a TV financial expert finance guru, advising others to ‘take care of their money and money would take care of you,,’ but even she success in career (apparently she never like those dizzy finance field),,
Luke workaholic man
 it seems like her relationship with Luke never goes well as he was workaholic man. He never had a non-disturbed -time when dating with her, and she always be patient and had cover her free time with Suze and shopping. 
Dreamworld's Bex

To make up their previous-non –time-together,, Luke and Bex going for holiday in New York and decided to settle down there as Luke want to expand his business in most amazing country in the world, New York just to impress arrogant-charismatic-elegant- woman, his mother, Elinor. Becky who excited to found ‘her world’ in New York; full of shopping site, never realize she was so naïve to stay there, finally being condemned and betrayed by everyone who first being so nice to her and lost her job she loved .What make it even worse, she had a fight with Luke because of what she did affect Luke career in New York. 
Bex's supportive parents
Suze, Bex 's bestfriend

However she still lucky as she had Suze and her parents whom always be by her side. After that hit, Becky struggling to pay all her debt by her own way, and thinks what really matter to her.

 Then she lastly found a job suite to her personality and enjoys her current career as a personal shopper in Barney, New York. Luke then came to her when he suddenly realizes that Becky was very important in his life.
I really love the way Becky talk to herself, it was so natural, cute and easy pessy minded. I d laugh cry angry and many emotions well up when came in to shopaholic world. Im also really admire Suze ,, she was very cute friends, always by Becky side even in some matter she know Becky wrong. However Suze always work hard to help Becky fix her problem, bad habit in her smooth way. She was a great2 best friend I always want one in this millennium cruel world when people willing to betray their own friends for their own good.

I had many good friends from all over state ,, he3, and never permanent in just one, because when the bond between us became strong, I had to say goodbye as there so many things happen in my family that need me to move on to build new life. But I would never regret, as all that had happened bring me in this state now. Happy, cherish all the memories..