Wednesday, February 16, 2011

Bila bertangguh~

Selamat petang,,aku sekarang tengah bertapa dekat library sampai beku and kebas kaki aku kerana cuaca yang amat sejuk kat sini..Ala sebab air cond la bukan air conditionar kat syampu tu..Apa mimpi duduk kat sini?mestilah ada sesuatu yang buruk berlaku kalau tidak, tak mungkin muka aku tercongok kat library ni..My Laptop tak sihat,,dan aku terpaksa siapkan thesis yang entah aku sendiri x ingat nak mula dari bab yang mana dulu.(T___T ) Kini aku kembali jadi junior baru masuk school bila terpaksa guna PC kat library ni buat assignment kerana laptop belum beli,,huhu,,untung je aku taip laju,sekurang2 nya ada jugak tanda yang menunjukkan yang aku ni senior,,(satu lagi aku tak pakai kad matrik,,hahaha~)


NILAH AKIBATNYA BILA KITA SUKA BERTANGGUH KERJA,,,UWAAAA~~~~~~

Oh yer aku juga nak minta maaf geng.blogger yang sudi jengah tempat aku ni,, kerana aku tiada masa untuk singgah balik kunjungan korang ye buat masa ni,,Insyaallah bila semua dah settle lapppy dah sihat aku jalan2 ziarah tetamu2 aku..Bukan apa x selesa la nak lepak kat library ni,,lagipun kalau aku singgah rumah korang aku curious sangat and mesti nak baca apa yang korang post,,Bezanya samada aku habis baca atau tidakk,hihi,,ambil masa yang lama tu dan x mustahil aku terkunci dalam library ni kerana leka sangat membaca.(entah-entah tertidur).Tiada laptop tiada la tempat  aku nak mengadu..Sekarang aku berehat dari jadi komuniti blogger..(ayat x tahan!)Bye~~~

Sunday, February 13, 2011

Contest Paling mudah nak Menang!

Selamat menunggu ketibaan Valentine!!!Mengada je kan,,jangan salah paham ye,,aku ingin menunggu valentine bukan nak pi sambut pun,,tapi aku nak p supermarket beli coklat la,,Biasa waktu camni ada promosi coklat,,Haha,,Nak buat stok kat rumah.,

Oh yer,,aku x post entry baru semalam,sebab aku visit satu tempat baru iaitu Syoknyerblogging,,, komuniti blogger masa kini ok, bukan daya mutu dan keunggulan,,iklan kt tv tu,,. Tempat ni masih baru lagi,,Aku dah lama sign up tempat ni,cuma semalam rasa mengada je nak singgah..Tak sangka dah banyak kemajuan.syoknyerblogging kat sini semalam,,jomlah p tengok nape yek,,

1. Pasal contst dia la,aku tahu contest Syoknyerblogging. Komuniti Blogger Masa Kini” dari diri sendirila,,,xde saper pun bagi tahu,,huhu Korang tengok hadiah dia ni,,
1st Prize Fivio.com Value Hosting – 10GB (RM150.00) – 1 orang pemenang

• Webspace : 10 GB
• Data Transfer : 50 GB monthly
• Email : Unlimited
• MYSQL : Unlimited
• Control Panel : Directadmin (Malaysia Server) or Cpanel (USA Server)
• Backup : Daily Backup, Weekly Backup, and Monthly Backup
• Domain : Hosting Lifetime Free domain (*.com *.net *.org)
• 99.9% Uptime & 24/7 Support
• Harga : RM150.00

2nd Prize Fivio.com Value Hosting – 6GB (RM100.00) – 1 orang pemenang

• Webspace : 6GB
• Data Transfer : 40G
• Unlimited MYSQL, Subdomain, Email
• Control Panel : Directadmin (Malaysia Server) or Cpanel (USA Server)
• Backup : Daily Backup, Weekly Backup, and Monthly Backup
• Domain : Hosting Lifetime Free domain (*.com *.net *.org)
• 99.9% Uptime & 24/7 Support
• Harga : RM100.00

3rd Prize Fivio.com Value Hosting – 1GB (RM65.00) – 5 Orang Pemenang

• Webspace : 1GB RAID
• Data Transfer : 10 GB sebulan
• Domain : Hosting Lifetime Free domain (*.com *.net *.org)
• Addon Domain : 1 domain
• Control Panel : Cpanel
• Lokasi Server : US Datacenter
• 99.9% Uptime & 24/7 Support
• Harga : RM65.00

5 hadiah saguhati

RM 50 setiap seorang

Sebenarnya aku pun x berapa nak paham apa benda yang barang2 macam ayat high tech pasal Pc je,,aku ni dahla buta It,apa yang buat aku faham, ialah duit dia tu la ha33,,,Tengok situ pemenang ada 8 orang sebab ada hadiah saguhati 5 orang..Jadi peluang unutk menang akan tinggi jika sikit je orang yang masuk ,,Apa lagi,,jomlah masuk mana tau tuah kita nampak di kebutaan It,,he3,,Oh yer tarikh tutup hujung bulan Feb ni,,cepat nanti lambat pulakk,,,,Nak tau syarat masuk link ni,,SYOKNYERBLOGGING, komuniti blogger masa kini,,,(iklan),,atau tekan je tajuk post aku kat atas.

Kalau x mau hadiah sebab anda pun x berapa nak paham hadiah kat atas dan juga wang tu,,he3,,tak pe,,cuba singggah sekejap,,Syoknyerblogging kat sini tau,,mana tau,,Hidup anda akan bersinar bermula dari tempat komuniti blogger masa kini nh,,,,he3
2. Aku ni x berapa nak pandai masak.Forum untuk kelab masak memasak memang sesuai lah nutuk aku.Jangan kecewa ye untuk yang x suka masak2 ni,ada banyak lagi tempat anda boleh melepak,macam kelab memancing, kelab bola sepak,Ruang untuk si mat rempit dan juga ruang untuk peminat rim kereta, eh bukan peminat kereta. Oh yer nak main game pun ada!,,Boleh tengok saper juara,,
3. Kepada yagng suka tangkap gambar,,snap muka sendiri yang comel,melukis graphic ke anda boleh menunjukkkan bakat disini,,Yang suka berpantun,,berteka-teki sambung cerita semua ada di Syoknyerblogging ala komuniti blogger masa kini tu,, ni,,
4 lagi satu tempat ni x load lambat sangat la macam sesetengah forum yang aku pergi tu,,Soal jawag agama pun ada,,Boleh tanya ,,apa hukum beli coklat di hari valentine..isu semasa juga,,nak tanya yer,,agak2 malaysia jadi macam mesir ke,,ops,,
5 Selain tiu,,ada jugak tempat untuk meluahkan masalah cintanya,,Korang boleh melampiaskan kesedihan kat forum cinta ni,,xde saper nak marah dan jangan peduli kekasih yang tinggalkan anda tu ,mana tau jodoh korang pun salah sorang dalam forum ni,,hihi,,yang pasti bukan aku la
6.Yang baru dan lama dalam industri muzik ni,,eh salah industri blogger ni,,apa kata kita sama-sama kongsi ilmu kat ruang forum Blogspot atau Wordpress ni,,Kat sini,,kita kenal sifu dan juga kenal anak murid,,mana tau boleh ambik jadi adik angkat,,Untung2 boleh masuk mentor,,Apa aku merepek ni?
7 Yang nak pi melancong ke,,korang boleh belajar cakap mat saleh kat blog ni,,nak mengajar lagilah dialukan,,xsuka?xpe sini  ada ruang belajar bahasa dialek negeri macam kedah serawak kelantan dan macam-macam ada. Anda nak belajar dan diajar sesuatu ,Gerek>> Kedah=Basikal, Sarawak= Kekasih 
8.Kepada yang suka industri hiburan,,kita boleh kongsi lagu apa yang kita suka berkongsi lirik nak ubah lirik,,nak berkaroke xdelah,,,hihi,,nak cari kawan tengok wayang,,nak mengumpat atau mengkritik movie,,marilah sembang kat sini,,banyak kelebihan nya,,Mana tau ada orang jemput anda jadi pengkritik dalam Akademi Fantasia kerana kepedasan anda berhujah,,hahaha

9.Kesimpulannya,,apa kata anda pergi je tengok sendiri kerana aku x tahan dan sakit hati dengan laptop aku ni yang macam nak al kojol la skrin dia liplap ni,,mungkin aku patut pergi forum Syoknyerblogging komuniti blogger masa kini he3, nak tanya berapa harga nak beli skrin baru,,,Harap ada orang boleh kasi harga murah sikit,,he3,,Tolong kami,,bantu kami,,aku anak Hamid Mahmmoood haha,,


P/s: nak gi mandi dulu bye,,(patutlah bau pelik je dari tadi)

Saturday, February 12, 2011

Akhirnya Kita Menang!!

KITa Menang!!,,Tak perlu aku nak bebel panjang2 kerana sudah tersebar meluar akhirnya Pak Hosni Mubarak mengalah jua pada hari ini,,,,,Seluruh rakyat menyertai kebangkitan itu tanpa mengenal agama,bangsa dan dari persatuan apa pun.Semoga negara kita Malaysia pun bersatu padu macam rakyat Mesir ye,,,terharu aku tengok,,mungkin aku kena pergi buat pasport ke Amerika  pulak mana tau ada revolusi kat sana tahun depan,,,dapat join sekali he3,,,I LOiKe activity macam ni,,rasa macam pejuang2  yang di julang sajer,,he3,,Jom tengok pejuang2 mesir berjuang...
Rakyat mengepung Pak Hosni
Solat Jumaat 1 imam 2 juta makmum
Penganut Kristian berkawal semasa umat Islam bersolat
Umat Islam dengan Quran,Kristian dengan salib bersama-sama
bendera Egypt
Umat Islam dan Kristian bergabung demi negara tercinta
Semoga Allah selamatkan umat Mesir setelah 30 tahun bersabar..
Tentera x mau main ganas dah final day
Hidup Malaysia!!eh Mesir lah,,typo error,,he3
 Oh yer,,ada jugak ura-ura mengatakan malaikat telah turun semasa kebangkitan rakyat Mesir,,tengok video ni,,

apa-apapun jika benar,,subhanallah,,kisah umat terdahulu pun banyak menceritakan umat Islam yang berjuang dibantu oleh tentera-tentera Allah seperti Malaikat,,burung ababil..Jika x benar iaitu ada orang edit,,apa boleh buat,,sedikit pun x kan kurangkan kepercayaan kita semua pada pertolongan Allah,,ye kan =) smile!!!

sumber: Ustaz Halimtenangsudeyisu hangatsaifulislam

Friday, February 11, 2011

Contest senyum paling ceria!!!


Lebarnya senyuman awek kat atas tu ek,,cantik betul gigi yang dia tonjolkan,,,harap2 gigi awek ni original.,,haha,, Hari ni aku nak join satu contest yang dianjurkan oleh CIK NAMEE,, yang bertajuk siapa senyum paling ceria!! Hehehe,,Untuk pengetahuan hadirin semua,,hadiah cik Namee nak bagi lumayan sangat tau,,,iaitu RM100 dan juga hadiah dari United State menanti pemenang!!,,,mana tak bercahaya mata aku terkena panahan  asmara contest ni,,"asmara ini yang hanyutkan kita,,,asmara ini yang hnyutkan aku,,,layan,,
Biar betik,,ni bukan aku tersengeh,,
Nak join contest ni senang jer,follow cik Namee,buat post tajuk macam atas ni dan korang hanya perlu letak pic tersengeh lepas tu bagi tahu apahal nak tersengeh2 macam kerang busuk kan,Lepas tu letak banner atas ni kat sidebar dan jangan lupa ye,, nak tinggalkan link anda pada blog cik Namee,,nak p blog dia,,tekan je tajuk tu atau nama cik Namee yang huruf-huruf besar atas tu.
ni baru aku,,T_T
Aku sedang tersengeh seperti gambar di atas kerana aku rasa teruja dapat mencandat sotong di waktu malam pertama kali dalam hidup aku semasa pergi sampling di Pulau Redang. Walaupun angin tiup menggolek-golekkan bot yang aku naik tapi aku x peduli akan pening-pening lalat. Namun beberapa minit kemudian aku tersungkur duduk sebab mabuk laut dan akhirnya memang takde sotong aku dapat.,,Tapi aku x kisah sebab aku bukan makan sotong pun..kenyal la malas nak kunyah..he3

Oh yer,,lepas tu kena tag 3 orang la..hm...aku rasa bagus aku tagged blogger yang suka letak gmbar diorang yang suka sengeh2 kot,,yela,,dari letak saje2,membazir je,,baik join contest, mana tau sengeh je boleh dapat RM100..Sape2 nak join jomlah ramai2,,

ala tertagged 5 pulak,,xkisahlah,,=P

P/S: Tuah ayam nampk di kaki,,tuah kita nampak di ke"ceria"an ke'sengih'an masing-masing..Merosak kan bahasa betul..eee

Thursday, February 10, 2011

Jom Kepung Dia!

Salam hari khamis malam jumaat,,hari ni aku nak ajak korang join sama-sama kepung rumah orang kaya..
ruang dalam
halaman taman
depan rumah,,
Amacam?cantik kan tempat ni?kalaulah tempat ni hasil titk peluh kita,,rasa-rasa nak claim x? Inilah Istana Hosni Mubarak,,presiden Mesir yang mengikis wang rakyat tu..Tanggal 11 Februari semua rakyat Mesir beramai-ramai nak pergi serbu istana si Hosni ni yang terletak di Abdeen Cairo. Persatuan Peguam-peguam Mesir akan memimpin perarakan raksasa Rakyat menuju ke istana Mubarak. Akan berlaku pertembungan besar antara rakyat Mesir dan geng2 tentera Mubarak. 
Sharukh khan yang maintain hensem
Kalau ikut cerita filem hindustan Phir bhi dil Hai hindustani,,sharukh khan dan seluruh rakyat nak pergi serang pemimpin yang zalim tapi dihalang pulak si tentera durjana. Namun di saat kritikal tu,,tentera2 yang berkawal tu telah membuka jalan dan bersedia berkhidmat untuk negaranya iaitu rakyat ok,,bukan pemimpin.
Hosni and bestfriend
Woi dah 3minggu dah kitorang berkempen,kau Pak Hosni bila nak turun takhta ni,x malu ke?
Sabarlah,,kasi can lah aku kumpul harta lagi,pastu pilihanraya bulan 9 aku x bertanding lagi la,,
Amboi2 banyak cantik muka kau,,kitorang kata turun,turun lah,,kang kitorang serbu istana-cantik molek ni,,satu habuk dalam istana ni pun kau x dapat nanti,,,
Rekaan semata-mata ye,,Walaupun perbualan itu imaginasi aku, tapi ya memang betul Hosni siap buat tawaran hebat lagi kata xnak bertanding pilihanraya nanti,padahal rakyat dah sibuk2 nak terajang dia pun masih x nak lepas jawatan dia,,Apa gi-pang (gila pangkat) sangat ke dia ni? Lebih baik dia letk jawatan sekarang sebelum kena teranjang dengan rakyat 11 Februari ni,,at least dia masih boleh rilek2 dekat London di mana kemewahan dia masih menunggu di sana.
Hosni Mubarak yang degil
Geng2 amerika dia semua dah cabut lari dah bila kakitangan-kakitangan pendokong-pendokong Baratnya telah pun meninggalkan Mesir. Seramai 1200 warga Amerika telah dibawa pulang sejak Kebangkitan Rakyat bermula Jumaat 28 Januari lalu. Apa lagi yang dia tunggu?
Dr Yusof
Jom kita sama-sama serbu istana Hosni 11 Februari nanti,oh jauh pulak!hehe,,,kalau begitu kita brdoa lah sama-sama ya semoga tiada pertumpahan darah berlaku nanti. Sebagai langkah berjaga-jaga Ketua Majlis Ulamak Islam Antarabangsa, Dr Yusof Al-Qardhawy mengeluarkan fatwa agar semua Ulamak Al-Azhar turun berarak sekali untuk meminimakan pertumpahan darah, tapi jika terjadi juga semoga mereka tergolong dalam golongan syahid..amin.. Setakat ini 300 orang rakyat Mesir terkorban kerana kedegilan Pak Hosni ni..hm.,Bad Boy betullah Pak Hosni ni,,


sumber: Ustaz Halim

Wednesday, February 9, 2011

Bila kita sama-sama PANAS

Korang tak rasa panas ke? Kalau aku tanya macam tu dekat member2 mesti ada yang jawab "Kau banyak dosa kot,,sebab tu rasa panas," Buat bengang je kan,,jadi aku pun tanya dalam blog jer,,aaa,,korang dah jawab ke,,aku x dengar lah,,haha,,bagus!bagus!,, Bagi aku jawapan "banyak dosa" itu ada benarnya,(T_T),,,tapi itu dari sudut rohani,mistik,religion yang x dapat diterima logik jika menggunakan akal sahaja. Seriously la kalau tanya kenapa rasa makin panas,,,jawapannya sebab bumi yang kita pijak ni sedang mengalami pemanasan yang melampau lampau!

Abu si polar bear
Cuba tengok gambar atas tu apa?,,Itulah polar bear a.k.a Beruang kutub (sendiri tanya sendiri jawab).Comel kan? Korang ingat jurukamera itu saje2 nak tangkap gambar shooot ni,,? Tak pun kasi photoshop tempek gambar beruang bertenggek atas batu ais yang titanic langgar tu tapi versi kecik la? 
"Kesian dengan Abu tu,,(aku kasi nama beruang ni Abu ye),,tertenggek dekat atas ais tu,,x dapat gerak,," kata Paris Hilton.
"Ala,,xpela,,dia kan boleh berenang ,,,"ujar Adam Lambert.
"ye x ye jugak kan,,," Paris HIlton tersengeh dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Inilah akibatnya bila kita bukan Abu tapi manusia yang ada akal untuk berfikir,,malangnya, malas nak guna dan terima seadanya apa kata orang.
Paris dan Adam
Kalau benarlah  Abu tu boleh berenang,,kenapa beruang makin pupus ye,,makin sikit je,,
Ala,,sebab orang bunuh dialah nak ambik bulu dia buat jacket sejuk kat pasar malam jual 50ringgit je sebab pirate punya bukan ori...
SALAH! tapi betul sikit2 la,,hehe,,tapi sekarang dah ada undang-undang kat sana tau x boleh nak bunuh Abu n the gang sebarang je,,Tapi geng Abu still pupus gak? Kenapa ye?
Manalah aku tau,,kau jawablah sendiri.!..
Abu sebenarnya hidup di kawasan kutub sahaja ye dan dia sangat suka makan anjing laut a.k.a seal. Abu suka menghabiskan masanya berjalan-jalan atas ais berkilo-kilo batu jauhnya semata-mata ingin mencari makanan kesukaanya..Dia sanggup meredah kesejukan dari satu petak ais ke satu petak lain untuk mencapai keinginannya demi sesuap anjing laut. Bila musim sejuk tiba,,keja abu jadi Nobita saja iaitu tidur untuk berehat  
selama mana yang dia suka..Sebab tu masa musim panas Abu mengembara mengumpul makanan dalam perutnya supaya dapat tidur kekenyangan. Namun apa yang terjadi?
Aku ni berat,,nak pijak ais mana ni?
Abu terpaksa berenang macam ikan lumba-lumba la untuk cari makanan kesukaannya..Ingat dia spesis ikan ke tahan duk dalam air sejuk lama-lama..Life dia atas ais la,,cuma ada lesen pandai berenang je tak bererti boleh hidup terus dalam air..macam manusia gak la...
Bumi makin panas,,kerana manusia bakar sampah sana-sini,pegi buang kat tong sampah jelah apa susah,nak tidur pun mengada-ngada takut hantu konon kena pasang lampu terang-terang,,padahal tutup mata gelap jugak,,membazir elektrik je,,itu pun menyumbang kepanasan gak.
Global warming
Kesian Abu,,manusia degil x pedulikan dia,,sebab manusia,,ais kat kutub makin mencair,,,Bila cair,,ais jadi air,,air pun bertambah-tambah dalam laut,,,Abu nak pijak mana? Berenang-berenang ke muara,,,hati-hati dilambung ombak,,,muara x jumpa,,daratannya mana?Abu pun penat,,dan akhirnya mati lemas tenggelam dalam lautan ais yang mencair kerana sesuap anjing laut,,BUKAN kerana sikap manusia yang membunuh dalam diam!!

P/s: jangan membazir elektrik,,bakar sampah sesuka hati,,bumi makin tua,,marilah sama-sama merasa tua bersama bumi dan juga keturunan Abu, seekor polar bear yang x berdosa,,jangan biarkan mereka pupus!

Tuesday, February 8, 2011

Semua orang mesti tau tentang Aku ,

Popular sangat ke aku ni sampai nak paksa orang tau 25 Fact tentang aku??uwaaa,,i x rela u,,aku pun sedih gak mesti semua orang meluat baca entry aku kali ni,,btw ni bkn salah aku sebab aku telah bca post Kei Seichi balik-balik sinchan ni kan,,Jadi untuk menunaikan janji,,aku pon kena describe 25 benda yang sah-sah xde kaitan dengan semua orang tapi tentang aku yang prasantan popular ni,,"
"Persetankan kata-kata orang yang ingin menjahanamkan anda,,kahkahkahkah,,,"orang tak siuman itu ketawa tanpa mempedulikan pandangan sinis orang lain terhadapnya,,Let's check it out!!,,kalau sanggup nak baca la,, 
1. Aku suka dan kuat tidur.
Walaupun aku seorang wanita,,,tapi aku pun manusia la beb,,aku pun ada kekurangan gak,,Selalu lambat bangun kerana kadang-kadang aku x dapat membezakan mimpi dan realiti,,semalam aku bangun pukul 6pagi masak nasi lemak sambal tumis lagi,,rupanya mimpi,,ingatkan dah bangun tadi,,Lagi satu,,mimpi aku sangat seronok,dan biasanya mengenai pengembaraan yang serononk dan mencabar la,,(dunia sebenar x mencabar pun hari-hari jadi zombie,,)


2. Aku suka dan kuat makan.
Aku sangat menghayati apa yang aku makan..Muka aku bercahaya-cahaya ketika dapat makan semasa aku lapar. Kadang-kadang bila makanan di pinggan aku dah habis,,aku akan makan makanan di pinggan orang pulak,,means leftover la,,yang orang x habis makan (yang dikenali saja ok),,ya,ya,ya,,aku tau sikap tu macam little PIGgie sikit kan,,tapi kan berkat di mana satu biji nasi kita x tau kan,,secara x langsung,,aku telah makan semua berkat makanan yang orang lain tinggalkan,,dan hidup aku pun diberkahi,,sekian terima kasih,,Membazir amalan syaitan laknatullah,,(cis sebenarnya memang nak makan)


3. Aku nampak memang kurus
aku paling kerepek la dalam adik beradik aku,,x tau kenapa,,padahal makan banyak,,kakak aku selalu mencemburui dan tanya petua kasi kurus even makan banyakk,,aku pun katala kena t-do lepas makan,,malangnya dia makin gemuk dan salahkan aku,,huhu,,oh yer,,kurus-kurus pun aku seorang askar  la kat sekolah,,(jangan pandang orang guna satu mata ya macam dajjal kan satu mata)


teka aku mana?hihihi
4Aku congek
aku mudah menangis x berlagu,,emosional,,dan kalau orang marah sikit pon,,boleh banjir,,tapi kalau hari2 kena marah tu alah bisa tegal biasala kan..kalau aku sedih marah atau beremosi tidak stabil,,aku akan cuba untuk t-do,,kerana hanya dengan t-do,,mimpi indah then bila bangkit,,segala kekusutan akan hilang,,insyaallah,,(berkesan untuk geng-geng nobita sahaja)


5Aku pendiam tapi bising
macammana tu ye,,mula-mula tengok aku nampak ala-ala silent sangat la,,dalam hati dan fikiran semua organ-organ berlumba-lumba nak cakap,,bisinglah ,kalau lama kenal dengan orang,,memang potpet la aku ni,even kalau belajar pun aku susah nak fokus NO 6


6 susah fokus
kerana serabut dari dalam aku jadi orang yang sukar fokus dan mudah melayang fikiran,,aku seorang dreamer NO7


7 aku dreamer
dreamer,drowning melayang,layan blues,,dan segala yang berkaitan


8 aku suka semua jenis lagu 
aku flexible semua lagu aku layan biasanya pengaruh orang yang dekat dengan aku,,masa kecik2 lagu tema tv la macam pokemon johto,,la usur padora ke,,betty la soya-soya ke,,sek men,,aku layan lagu nasyid la kan,,msa matrix aku layan lagu mat saleh,,bila dekat U ni lagu rock kapak pulak,,adoi,,ceh punya pengaruh la ni,,ikut mood pun da gak, mood gler,,layan mcr,,mood sedih layan orang ngaji,,,mood blues layan exists ke,,


9 aku pelupa
aku cepat lupa benda simple,,contohnya,,kunci tadi letak mana,,garam dah letak ke belum,,harap bukan alzhemier,,tapi kalau aku menghafal insyallah 100% aku ingat..oleh kerana aku mudah lupa,,jadi aku seorang yang 10


10 pemaaf
ceh,,baru ada satu sikap yang elok kann,,sebab kalau marah aku tdo then cool down,,dan aku seorang pelupa,,aku mudah memaafkan orang dan melupakan sengketa ketegangan antara kita,,(ayat x boleh bla,,=),,kepada sesiapa yang ingin dosa nya dimaafi oleh saya jangan risau saya telah memaafkan, cis berlagak macam pope pulak nak maafkan dosa org yerk,,he3


---rehat jap,,,x larat nak tambah lagi tengok semua orang macam nak muntah je,,xpe kasi forward laju2 yer--


11 aku independent,,suka hati aku nak buat apa,,aku bukan ikut-ikutan,,aku ada pendirian,,kira degil kot


12 aku ada lesen,, motor je wakahkah3


13.anak ke2 dari 6 (3 mamat 3 minah) +1 (ami, adik lain mak)


14 aku pengembara ,lahir di sarawak,besar di negeri sembilan,,meremajakan diri di Sarawak lagi,,dan belajar di Terengganu


15suka makan pedas-pedas


16 suka belajar benda baru


17 suka membaca (bukan skema tau)


18 berani x bertempat (contoh berdepan dengan orang ramai ketar kaki,,jalan sorang2 kat bandar besar ok)


19 suka kira tapi dungu mate


20 aku suka tengok movie,,semua aku layan,,korea agak kureng la jepun pun,


21 good in friendship but weaker in keep it tight when lost contacts
aku kumpul no 1 sampai latest,,
nak pinjam?
22 pengumpul detektif conan comics,,tapi x suka tengok yang tv punya


23 black sheep in the family among the girls huhuhu,,(aku paling gelap la,,huhu)


24girl tapi bukan perempuan melayu terakhir,,pengkid ke? bukanlah!!whatever la!


25 ni last sekali fuh gila perasan betul ada orang nak peduli sampai no 25 ni,,aku bukan bujang lagii,,isteri orang dah,,banyak sifat buruk tapi ada jugak orang nak kan,,hihi,,Why?WHy?Why?,haha,,(kesimpulan : cinta itu tidak buta,,tapi manusia yang bercinta tu yang buta..=)


P/s: kain pelekat,,lalala,,kain pelekat,,lalala,(jadi cinderella mop lantai sebab banyak sangat orang muntah)

Sunday, February 6, 2011

Haru biru di Malaysia ala-ala Mesir!

Salam 1 malaysia, oh yer satu Malaysia ke??(nak cari pasal la tu),,,pada pendapat aku,,negara kita belum bersatu lagi untuk jadi SATU MALAYSIA,,,kenapa yer,,,bagaimana rakyat nak berSATU,,kalau para pemimpin-pemimpin di negara kita (x kisahlah kerajaan atau pembangkang) masih mengamalkan sikap pentingkan diri?,,Jom tengok video bawah ni,,
video tu menunjukkan perhimpunan besar-besaran membantah campur tangan Amerika Syarikat ke atas pentadbiran Mesir. Mereka berhimpun di kedutaan amerika syarikat di Malaysia, untuk menghantar memorendum supaya Barack Obama memaksa Hosni Mubarak meletak jawatan. Namun perhimpunan tu disekat oleh sekumpulan polis atau FRU kerana perhimpunan bantahan itu tidak ada permit..Permit tak diluluskan oleh kerajaan Malaysia.kenapa macam tu?,,,rakyat dI United Kingdom, Jepun,Greece dan Turki bila buat bantahan tentang isu mesir ni,,x pun dihalang2,,,malah polis siap beri laluan lagi,,
patutlah Abah aku kata jangan jadi polis,
nanti dibenci orang,,(peliknye dia pun polis)
Kenapa Malaysia tak boleh tunjuk sokongan pada rakyat Mesir?,,Adakah kerana perhimpunan tu dibuat oleh parti pembangkang (PAS),,?aku bukan nak sokong mana-mana parti ok,,Macammana umat islam nak bersatu bangkit gemilang macam dulu,,kalau sikit-sikit nak berpuak-puak,,kau parti lain,,aku parti lain,,kadang-kadang aku terfikir,,bagus tak payah amalkan parti-parti ni,,sapa nak jadi pemimpin bertandinglah mewakili diri sendiri,,,tapi,,Semestinya bergerak berkumpulan,,lebih baik dari perseorangan,,entahlah,,
sampai nak sembur2 ni,,adoi,,

Tak boleh ke demi umat Islam di Mesir ,,kita ketepikan kepentingan politik seketika??
sumber: tukartiub.org


P/S: sebenarnya nak testing letak video kat post,haha,,senang je rupanya,,sapa nak try test tapi x tau lagi p lah blog cik Tarmizi ni,,he3

Friday, February 4, 2011

mOOd yang Melayang,,

xde mood aku hari ni,walaupun tengahari tadi makan sedap gulai daging dekat kenduri kahwin orang,,ceh mengadu pening kepala,padan muka, saper suruh makan daging banyak,,dah tau awak tu ada tanda2 darah tinggi x boleh makan banyak,,cakap sampai berbuih2 pun takkan dengar bila &*%$#@@,,,,aku pun take over bawak motor depan,,tiba2 kat jalan sibuk orang pusu2 balik raya cina, aku nampak hello kitty a.k.a kitten a.k.a anak kucing daa,,lompat2 kat tengah jalan raya,,,cute nya,,
hai!
hai si comel,tengah nak tangkap rama-rama ke,kelkatu atau belalang,,,(alice berkata in wonderland nya)
aku pun rempitla dekat sikit,,kalau cukup sifat nak bawak balik jadi anak angkat (sakit hati ceh pernah bawa anak kucing buta balik rumah sebab kesian konon,oh ye namanya amy,,^_^ hai!!,),cis kat rumah pun terseksa nak kasi makan hari-hari, tiba-tiba aku tengok darah tersembur keluar dari mulut kucing tu,,habis jalan penuh darah,,rupanya kucing tu terlompat-lompat tadi sebab tengah menggelupur-nazak-sabung-nyawa-kena-tarik-malaikat-maut,,,,kuang ajaq kereta yang bawa laju sebelah aku tadi yang langgar,,!!
hi saya amy yang buta matanya
tapi bukan hati tau,,
HOI!! NAK MAMPUS KE LANGGAR KUCING COMEL!,;*#^%%$*#@@##,,XDE OTAK KE,,,(alice berkata lagi in wonderlandnya,,,)
aku pun berhenti kerana nak menghayati kesakitan yang dialami hello kitty tu,,tapi ceh pun ajak blah sebab dia x sanggup tengok,,kami pun pergi sambil jiwa aku melayang membayangkan yang bukan-bukan,example:kalau aku yang kena,,,,bukan sekali aku nampak kucing mati bergelimpangan kat jalan, banyak kali dah,,biasa dekat jalan besar walau ia hanya seekor kucing,,at least dah terlanggar tu berhenti la tengok langgar apa,,cis,,,mat rempit,,mat ganja lagi mulia la dari kau,, xde mood nak buat thesis,,,bacer buku cerita dulu lahh,,kasi happy-happy dulu,,,,kain pelekat lalala,,kain pelekat lalala(paksa diri jadi sewel)


P/s: kalo kucing yang takde dosa tu pun mati dalam keadaan yang terlalu dasyat,,apalagi aku yang penuh dosa-hati-hitam-kebal-degil-kotor tak cuci-cuci,,gosok pun,,ada daki lagi,,,,
Ya ALLAH ampunkan aku,,mak abahku,,keluargaku dan kawan-kawanku,umat islam berdosa,,bukakan hati kami,,,insafkanlah kami,,,tunjukkan kami jalan,,,sebelum pintu taubat kau tutup,,sebelum ajal menjemput,sebelum kami dihadapan Mu,,amin,,,

Thursday, February 3, 2011

Blogwalking sambil Up traffik,,

cantik kan,,
Akhirnya aku dah pinjam buku kat library yohhoo,,berjaya! malangnya aku pinjam story book,,bukan buku  pakai buat thesis,,aku pinjam buku yang masuk panggung tu ,,buku baru la,,ayat pun boleh tahan untuk budak-budak tahap 1 macam aku,,x kisahla sebab cantik, aku semangat sikit nak bukak kamus,,haha,,
movie 2010
sebenarnya,,,aku nak bagitau yang aku nak join segemen jom blogwalking bersama cik yiedpodzi,,dah lama aku dengar pasal segmen ni tapi aku x tau apa kelebihan blogwalking dengan dia,,ada blogger lain kata masuk segmen ni boleh dapat traffik banyak,,mula-mula aku pun x paham tapi sekarang aku dah tau macamana trafik naik,,sesiapa je join segmen ni nanti,,blog nya akan masuk ke bloglist cik yeidpodzi,,pastu kt bloglist tu ada banyak bloglist1,bloglist2,bloglist3,,,bila kita klik bloglist 1,,semua blog-blog yang join segmen ni (yang join mula2 terawal la),,mungkin dalam 5 orang la,,akan terbuka semua,,pastu pergila baca entry dengan post diorang,,x payah nak klik satu2 loading lembap pulak,dah habis baca p la bloglist ke 2,,senang jer,, maintain trafik la,kalau nak try tengok lencana bawah ni kat sidebar aku,,sekarang dah bloglist 15 kot,,banyak dah tu,,baik aku join sekarang,kain pelekat,,lalala,,kain pelekat,,lalaa,,dijual banyak belum cuci,,,
lencana yiedpozi yang terbaru
kalau x paham gak sebab aku cakap merapu-rapu,,walau aku dah cuba sedaya upya jelaskan,(T_T),,pergilah segmen blogwalking bersama cik yiedpodzi ni,,,ada step2 kena ikut,,

p/s: boringnya cuti sekolah nak habis,,(macamlah rajin sangt pergi kelas),,hm,,

Wednesday, February 2, 2011

Sweet Blogger Twetty,^^

nano,,nano,nano,,nano,,,oh nano,nano,,saya x sabar,,saya gemar,,rasa sunggh segar,,manis,,masam,masin,,nano,nano,nano,nano,nano,,,,,(gula nano sedap enak dimakan!)
Lollipop atas tu bukan gula nano2 tau,,gula nano kaler kuning belang zebra oren,,aku dapat gula-gula ni kei seichi (bukan sinchan) yang bagi,,mungkin nak belanja di hari raya cina kot,,hihihi,,,memang comel la lolipop ni,,sweet blogger pulak tu,,tak pasti sweet tu maksudnya haper,,hmm,,cantik ke,,(kah!kah! dia pulak pernah tengok aku),,manis kot aku ni,,(dia pulak cannibal pernah makan aku,,),,lantaklah,,aku nak makan dulu lolipop ni,,time kasih kei,,!nyam,nyam,,(penipu,,mana dapat makan).Lolipop ni x mau makan sorang-sorang jadi saya nak hadiahkan kepada geng2 blogger yang ramah tamah,,baik hati dan x sombong nak layan kerenah saya yang mengarut je pandai,,walaupun saya orang baru,,tapi saya sangat gembira dalam dunia blogger dapat kawan-kawan yang kelakar dan best-best,walaupun duduk rumah rasa seronoknya,,,saya rasa terharu @##$$%%**&&&am;&&,,,(jangan peduli)


lelaki tau walau gelaran tu cik,,he3,,ramah tamah,baik hati,merendah diri dan juga masih solo lagi,(3bulan dah single ni)
geng balas2 ziarah even dalam sehari 10x balas2 pun dia datang gak,,haha,,cute je n tangan dia gatal suka klik nuff yang k*d*k*t,,solo rasanya,,try la ngorat
member sek men yg lost contact dulu,jumpa kat blogger ni,,what a wonderful world,,lala,,,girl tau bkn dinosour,,solo gak ni rasanya,,(available untuk human ok)
woh,,bj ni serius tau nampak sk*ma pun der gak,,tapi sebenarnya kalau kiter tanye,,mesti panjang lebar dia jawab,,siap post entry baru lagi,,memang semangat waja la,,boy n mungkin available,,saper berani ngoratlah,,(takut gak)
ni la 1st kawan blogger yang sudi jadi follower aku,,masa mula2 blog aku public,,rasa macam xde geng je,,diala penyangga semangat aku yang pertama,,malas update blog n suka tdo n boy n single kot,,(lama x dengar khabar dah kawin kot haha)

p/s: TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN BLOGGER SEMUA SUDI JADI KAWAN SAYA,,duk rumah pon rasa macam lepak kat kedai mamak jer,,he3

Tuesday, February 1, 2011

Wujud ke pontianak yang cun??

assalamualaikum kawan-kawan!!hari ini bersama wana the strongger dalam rancangan,,,,DIAMLAH!!,,rancang,,,,kasi cili kang!!(-,-),,,yea,!!hari ni panas,,angin pun x tiup kuat-kuat,, jadi bolehlah merempit pergi library,,,rajinnyer,,mestilah,,membaca amalan mulia,,,(padahal thesis baru nak buat due date,,,grrr,,,,).aku sebenarnya bukan nak cerita pasal thesis aku yang mungkin memang pun ayat mat saleh tunggang langgang macam naik kuda perang,,,tapi nak cerita pasal cerita mat saleh yang tengah hot sekarang-aku-usha-sebelum-aku-main-blog-lagi,,iaitu VAMPIRE DIARIES!!!!hehehe(ketinggalan zaman betullah minah ni,,)
cun tak??
cerita ni aku dapat dari budak kelas aku abe we namanya,,ia mengisahkan seorang awek namanya,,,,blahblahblahblah,,,,,usha sini ,,(^_^) klik saya!!,,biasanya awek2 suka tengok cerita ni,,(aku pun awek gak! ish,,)sebab hero dengan heroin dia memang cute habis la sekali tengok,,rasa macam diri sendiri yang berlakon,,haha3,,(gila kau wana syok sendiri),,tapi aku tergerak hati nak tengok mula2 sebab heroin elena tu nampak comel je,,tapi hero tak berapa nak hensem la,,(sebenarnya sebab dah takde cerita dalam laptop,,)pastu kawan aku kata cerita nya macam ala-ala twilight,,ala,,,malas gak la sebab movie twilight yang 1st tu macam bosan banyak potpet,,,tapi aku gagahkan gak tengok sebab dah kering-sangat-bosan-infiniti,,,lama-lama aku tengok elena tu macam dah x comel lagi dan tiba-tiba hero nampak hensem,,,fuh,,mungkin lumrah seorang wanita meminati wajah bukan sejenis,,,(astaghfirullahalazim,,kau dah kahwinlah wana,,,huhuh),,ok2,,
mungkin bukan aku yang di tengah,,memang pon!!
sekarang aku layan season 2,,latest aku tengok episode 12 the descent,,season 2 lagi best-super-duper-excellent la dari season 1 yang macam slow sedikit la,,he3,,argh,,,malaslah nak potpet lagi,,xde orang nak peduli pun kau tengok citer pe wana,,kau bukan selebriti pon,,,menyamar la,,haii saya farah brip-brip,,,!!!jom tengok sinetron si jelita dan si jelik,,,,,,,(tension aku naik gila,,,) sudahla jangan baca entry aku yang macam sampah je ni,,,aku pon x suka nak baca

Motif:sebenarnya aku nak ajak korang join sekali tengok citer ni jomlah,,tapi mungkin,,,hmmm,,memang pun orang dewasa jer bole tgk,,,maklumlah citer mat saleh,,x 18sx sikit x boleh,,aku download kat sini syok.org,
cantik gak lah resolusi dia,,,selamat menonton dan muat turun,,!


UPDATE:student kat mesir sekarang diterbangkan kesana kemari by TUDM,,tapi ke Jeddah ok bkn Malaysia,,dan student u Al Azhar cuti setahun,,fuh,,agak2 diorang nak smbung blaja lagi ke bukak cuti nanti,,hm,,,,