walaupun merdeka lambat lagi aku peduli apa kan,, aku merdeka kerana lepas ni aku takkan ada exam bertulis lagi (harap-haraplah) tak payah nak perah otak macam perah kain baj tapi ilmu tak jugak keluar macam air perahan,,cis,,..cuma aku rasa hiba dan kehilangan bila hari ni adalah hari terakhir berjumpa dengan rakan sekelas seperjuangan.aku tak rasa langsung sebelum ni sebab sibuk denga exam (padahal asyok tertidur je). aku sebenarnya dah biasa berpisah dengan kawan pasal aku selalu tukar2 sekolah,,tadika aku ada 2,sekolah rendah ada dua,sekolah menegah ada dua, matrik satu u pun satu,,bukan sebab aku kena tendang sekolah yer maaf tetapi kerana susur galur hidup aku yang rumit,,cehcewah..maka aku memang seorang pengembara,
ni antara gambar geng sekelas ramai2 yang aku paling suka,,sebenarnya banyak lagi,,tapi kang tak muat pulak..
aku yang tengah kebiru-biruan. ni masa kat pulau bidong |
kelulsan: blah3 dari universiti blah3 dengan pointer blah3
ops ,,bukan.ini nilai kejayaan.aku berjaya bila aku fail paper tapi aku usaha lagi sampai markah aku naik,aku berjaya bila aku bergaduh dengan member dan berbaik semula lebih dari dulu, aku berjaya bila susah sama nangis,senang sama ketawa,aku berjaya bila aku berkawan dan kami saling ingat mengingati.
kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. usaha senpurna itu adalah kemenangan sempurna -mahatma Gandhi-
psst: tak lama lagi praktikal,,tak dapat nak berblogging hari-hari,,huhu,,oleh itu aku ingin join sebanyak mana contest yang aku dapat,,hahaha,,!!!! (peliknya x pernah pulak menang). kalau x segan. boleh tolong kaji tak kenapa aku x pernah menang kat sini http://tempatakubertanding.blogspot.com/