Wednesday, March 30, 2011

revolusi bertudung artis malaysia

aku perempuan dan perempuan sukakan gossip,,aku x tau kenapa, mungkin ini sifat semulajadi wanita,,yang x suka bergosip mungkin x suka ambil tahu isu semasa kot, haha!,walau apapun yang baik jadikan teladan,yang buruk jangan panjang2 kan cerita pulak,,nanti jadi kes ngumpat,,free je dapat dosa,,wakaka,,slaloo juga aku terlajak,,
alhamdulillah, artis malaysia sekarang banyak dah faham bahawa x perlu nak seksi dan tayang body untuk naik atas,,peminat sekarang bukan gila seks ok,,ops,,dulu pun x malah ada yang berhijrah advanced lagi,,bila memakai jilbab ^___^
wardina dan irma hasmie tomei
anne hot fm dan farah brip2
banyak lagi macam sheila rusly, ann ngasri, ekin mawi, ramlah ram dan yang seangkatan dengan di atas ni... x kurang jugak dari tudung jadi skarf nenek aku pulak,,,adohai,,ni lah nak berpesyen x kena gaya..ni tensen aku tengok nie,,
yuna alalamak!
adohai kak ogy
biasa kita dengar orang memperlekehkan insan yang berhijrah ke berjilbab ni,,ala setakat pakai tudung je.,,buat apa,,yang penting hati kena baik,,
pakai tudung sebab sakit gigi pun xpe
Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahu jadik macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang. Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung). Jadi, kesimpulannya, Kak Pah akan bertudng bila Kak Pah dah betul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Itukan lebih baik. Buat apa nak hipokrit.
x kisah la artis mana pun nak pakai jilbab sebab hipokrit atau hati terbuka,,hidayah Allah tidak akan datang jika tidak dicari,,jangan tunggu sahaja,,mana tau ajal maut esok lusa menjemput,,,bertudung itu wajib,,nak x nak mesti pakai yer,,macam solat juga,,nak tak nak mesti solat,,lama-lama Allah akan buka hati kita untuk ikhlas kerananya,,insyaallah,,kalau x nak pakai pun xpe,kubur masing-masing kan,,tapi janganlah nak mengata orang yang dah berhijrah,,x elok tau,,eee,,
psss:dah pakai jilbab, baju sendat ala-ala nangka pulak,,adohai,,x dapek dah den nak nolong ei

Tuesday, March 29, 2011

yes,poco-poco kasi haram.

selamat semua!!,,oh yer,,aku teringat masa dulu bila ada sukan je kat sekolah,mesti nak ada senamrobik..yang awek2 bukan main seronok lagi,,x payah jemput ada je yang volunteer nak tunjuk demo,,terutama bila tarian poco-poco!

Sebenarnya aku lagi suka lompat bintang dengan chicken dance..easy and cute(ayam cute bukan aku),,bila lagu poco-poco dimainkan dengan muzik ala-ala leretan jawa agaknya, ditambah pula suara penyanyi yang aku rasa weird, x tau suara boy atau girl, x paham apa yang dilagukan,,aku rasa kepala aku berpinar-pinar...Sebab aku x reti macam mana nak menari macam tu,,member member aku pandai betul menari gitu terutama yang pergi khidmat negara, mengajar aku penuh sabar..badan aku keras, kejang dan kalah robot "ayayayai" (dalam power rangers) kalau bertanding dengan aku siapa paling ke'robot'an..
robot dalam mighty morphin power rangers
hari ni aku boleh tersenyum,,Hahahhaha! poco-poco telah aku haramkan,di haramkan di Malaysia.puas hati aku ! (sakit hati x pandai menari lembut ala-ala perempuan terakhir)..apa lagi jom sebarkan tarian chicken dance,,nak buat bird dance pun boleh,,x payah pocong-pocong lagi ok,,why,why,why??!!,,sebab aku x suka, tengoklah sendiri yer,,
klik untuk tumbuhsaran

psst: 1,2,3,4,5,6,7,8,,1,2.......(lompat bintang )

Monday, March 28, 2011

Pelacur pun tak sanggup berdosa~

Percayalah..kebanyakan mereka ingin hidup bahagia, ingin melepaskan diri dari dosa,memulai hidup baru.Kakak pun ingin bahagia dan tak sanggup hidup berdosa selamanya.-salina-

Salina seorang awek cun yang mencari nafkah hidup dengan menjual diri sebagai pelacur,,
eee,,,dia x tau ke tu dosa,,jijik aku tengok,,perempuan gini x boleh buat bini 
Sufiah and family
Jangan mudah menghukum, menghina, memperkecilkan seorang wanita yang berada di sisi gelap ini,,Mereka taklah sehina dan seburuk yang kita sangkakan..Dulu kita dikejutkan dengan kisah Sufiah yusuf, gadis genius matematik yang menggemparkan dunia kerana pernah menjadi pelacur. ditukar namanya menjadi shilpa Lee. pernahkah kita terfikir,, kenapa ini jalan yang dia pilih?
Sufiah convert to Shilpa Lee
perempuan sekarang kan mata duitan,,tabur duit je,,serah body..
member mak aku,,jual topup di lorong di mana banyak awek sisi gelap ni cari makan,,kebanyakan nya warga filipina.bila ada orang ambush, mereka lari pergi ke kedai top up ni dan pura2 nak beli top up..mula-mula member mak aku ni tension gakla,,dahla warga asing kan,,tapi di satu ketika dia terdengar awek sisi gelap nii cit cat dalam phone.
"aku minta maaf nak,bukan aku x mau kirim,,bulan ni aku susah nak dapat duit,,"awek tu cakap sambil nangis-nangis.dalam bahasa filipino,tapi member mak aku ni pro dah,paham seket2.
 perbualan tu merubah persepsi member mak aku...sapa ingin hidup dalam keadaan berdosa dan hina? Islam juga memandang buruk seorang pelacur,,Ya,,seorang pelacur TETAPI bukan wanita!

salina, not a bitch.
1. Salina karekter hidup dilukiskan A samad Said,semasa hidupnya di zaman perang,,Dia berkenalan dengan awek kotor ni yang hatinya sangat mulia pemurah dan berjiwa tulus. Salina memilih jalan sebagai pelacur selepas kematian keluarga dan kekasihnya dalam perang dunia ke 2 dan selepas dirogol tentera Jepun
si bapak yang weirdo & psycho
2. Sufiah yusuf genius matematik x habis mengaji di Oxford Universiti kerana tension dengan tekanan yang diberi oleh bapanya yang macam psycho habis, kejap macam diktator kejap macam encik budiman.Ini diakui sendiri si emak sufiah ni. rumahtangga Sufiah pun hancur bila bercerai dengan suami,,sapa x tensen?

3. Awek filipino  memilih menjadi kotor kerana mencari sesuap nasi untuk anaknya..

Melacur itu confirm berdosa,,tetapi siapa kita untuk menentukan nasib orang di Sana? Selagi hidup masih ada,Allah berhak memberi hidayah kepada sesiapa..tak perlu mengata nanti kena cili mulut kat neraka,,tunjukkan peluang yang ada untuk mereka,,insyaallah tuhan bagi ganjarannya =)

psst: siapa yang ingin hidup berdosa dalam dunia ini kalau boleh ? tak ada seorang pun. cuma kadang-kadang orang terpaksa -ya, terpaksa.. kakak ini terpaksa.-salina-

sumber: Salina Samad said dan KOSMO

Saturday, March 26, 2011

Biar betik nuffnang bagi aku BE?

haa,,hari ni baru aku perasan, aku dapat buffered earnings dari nuffnang....cuba tengok,,,ceh tiba2 nak buat print screen kan,,,

mula-mula hairan gak aku apa benda pendapatan terumpuk tu,rupanya buffered earnings la..Nilah 1st time aku dapat,,fuh,,memang x sangka la,,,tau kenapa??sebab visitor ke blog aku dulu lagi banyak dari sekarang ni,,sejak aku bertapa buat thesis tu lah visitor turun mendadak,,sekarang ni pun aku bangkit tanpa pedulikan lagi trafik,,orang nak datang ,datang,,x mau,datanglah jugak kan..
nampaknya nuffnang ni seperti cinta..bila dikejar dia jual mahal,,bila x peduli dia datang membuat aku tersenyum,,apa2 pun memang aku nak gelak tengok berapa aku dah dapat dari BE ni,,sah-sah lah x banyak,,sebab visitor aku kurang,,hihi,,,tapi alhamdulillah aku bersyukur diberi merasa jugak BE ni yang ditaja oleh DIgi Opera Mini!!!

kalau broadband korang lambat macam siput mengensot2,,apa lagi tukar je dengan DIGI OPERA MINI ni!!
6 kali lagi laju tau kalau berlayar guna hp canggih,,apa guna pakai hp canggih kalau internet lambat macam siput,,,Apa,,FREE????,,biar betul,biar betul,betul?,,cepat sampai 31 May je ni,,!!!

pandai tak aku promote,,wakaka,,makin lari orang adalah kut,,oh yer,,aku nak kongsi sikit apa aku buat akhir2 ni sampai nuffnang kasi surprise pulak bagi BE,,,

1 visitor yang banyak x menjamin tau,,kalau visitor sedang2 pun xpe kot,,segan pulak nak cakap aku berapa,,hihi
2. baru2 ni aku ada hantar tiket ke nuffnang sebab ada masalah dengan akaun nuffnang aku,,sampai 3 tiket aku anta,,mungkin ada kaitan kot
3. dari dulu sampai sekarang aku selalu update aku punya pengurus blog dengan survey tu,,itu petua otai yang selalu dapat BE,,aku dah terbiasa update,,1 kali dalam 2minggu  kot paling malas.
4. last sekali ni yang penting agaknya, x perlu tertunggu-tunggu kerana akan kecewa,IKHLAS kut,blogging je macam biasa,, rezeki masing-masing insyaallah ada,,=) masa je yang tentukan..

pst:::terima kasih Nuffnang,Digi dengan gengblogger semua!!!!syoknyerblogging,,,hihi  

tak nak plastik-plastik!

wah,,serononknya aku tengok banyak betul orang sekarang support earth hour, go green, save electric,beach clean up, save crocodile,,eh, ni ada ke?,,,nampak sangat aku tau sikit je, x kisahla,,tiba-tiba aku tersentak,,apa sumbangan aku? aku sendiri pun x pernah join kempen tu semua (kecuali malam nak t-do tutup lampu, kan save electric tu)
jadi aku pun dengan semangatnya ajak ceh pergi beli barang barang dapur di Mydin sambil membawa beg kain yang aku lipat kecik2 sumbat dalam poket,,,konon-konon nak support "No plastic bag". sebenarnya kedekut nak bayar 20sen

Dah pilih barang-barang yang rupanya 3,4 item je,,ingat kan nak shopping sakan, aku pun terkedek-kedek pergi dekat kaunter sambil tersengeh-sengeh puas kerana akhirnya aku akan cipta sejarah dalam hidup aku, menyumbang sesuatu untuk alam sekitar yang dicinta,,,@#$$$%%%%,,,
"eh,,apasal awek ni isi barang aku dalam plastik?" hati aku mengomel2.
 "x payah, x payah, saya x nak plastik,,hari ni kan no plastic bag ceh nak tunjuk pandai kan" kerut2 aku konon serius la nak support campaign tu.
 "1 plastik 20 sen je dik" awek tu nak lawan cakap aku, sambil muka x puas hati sebab dia dah taip kira 20 sen dalam machine gun,,eh mesin duit.
"x nak,x pelah saya dah bawak beg sendiri ni,,tengok,,"aku pun tayang2 beg kain aku yang renyuk2 aku sumbat dalam poket.
"ish,,," awek tu ketek2 mesin dia, slide2 kad sambil muka toye gila macan orang nak monopous.
tensen aku tengok..patutnya tanyalah dulu,,hari ni kan hari minggu,,kalau aku tak lawan tadi, sia-sia je misi nak support kempen, melayang 20 sen aku, camana nak berjaya kempen macam ni???mungkin aku patut menguasai Mydin tu kemudian setiap pagi lepas bersenam aku kena bagi taklimat pada pekerja , tanya pelanggan sambil muka manis,,terangkan mengenai kempen kita,,@*&%$#,,,(alamatnya panjang la orang beratur nak bayar kalau x habis2 cashier promote kempen ni) hihihi,,,
penyu pun banyak mati tercekik sebab pk plastik
kat laut tu obor2, ish2
pst,,,,no plastic bag tau!!( jangan buang pulak plastik kat rumah tu,,

Friday, March 25, 2011

Mak paksa aku solat?uwaa~

 Aku ingat lagi masa kecik-kecik,kalau waktu solat,mak selalu tutup t.v.Lepas tu disuruh nya kami 6beradik duduk tercongok sebelah dia masa dia bersiap nak solat. kami menunggu dengan sabar sebab lepas mak solat ada cerita power ranger kat tv. bosan-bosan tungu, kadang-kadang kami ikut sekali mak berdiri duduk rukuk yang kami ingat masa tu macam bersenam je. kami tengok mulut mak kumat kamit baca apa, dan adik aku cadangkan untuk bajet masa rukuk dan sujud, kami perlu sebut 
satu dua tiga empat lima (sebanyak tiga kali)

masa harijadi aku yang ke 7 tahun, mak jahitkan aku telekung, dan aku rasa gembira dapat baju macam mak aku bolehla aku solat dan berlagak dengan adik beradik aku yang lain.Aku pun semakin rajin solat apatah lagi mak galakkan dan cikgu kat sekolah pun suruh hafal langkah2 dalam solat. Bila aku darjah 3, mak belikan aku hadiah sejadah besar sangat kaler hijau kesukaan aku. Sejadah tu sangat cantik dan mak tulis pakai marker kat belakang, 
selamat hari lahir yang ke 9 wana. semoga rajin2 sembahyang..-salam sayang mak-
Aku rasa makin gembira,makin rajin dan bertambah berlagak dengan adik beradik aku sebab ada sejadah sendiri, x perlu nak rebut2 dengan sejadah lama yang kecik dana merah berkaler pudar,bulu2 kat hujung pun tercabut, dan sapa yang kalah dalam rebutan tu,kena pakai tuala la kalau nak solat. 
Semakin usia aku meningkat semakin malas aku nak sembahyang,baru nak tengok tv, wana sembahyang!tengah syok t-do subuh,,kena cubit dengan mak, wana sembahyang!balik sekolah penat2 kayuh basikal, zohor pulak,nak g main petang, asar pulak,,balik main, rebut nak p mandi,,kejar magrib pulak..kadang-kadang aku masuk bilik tutup pintu dan konon2 mak ingat aku solat. tanpa rasa bersalah aku keluar dan kata sengaja kuat2 " dah mayang pun tadi..."

Bila UPSR makin dekat, konflik dalam keluarga pun tercetus (adalah,,lalala),,aku rasa tak tahan dan nak sangat masuk asrama.. aku belajar giler2, dan buat pertama kali aku solat dengan azam untuk khusyuk,berdoa lama-lama berharap semoga keputusan aku baik dan dapat dudk asrama. 
Alhamdulillah aku akhirnya dapat duduk di asrama SMKA pilihan mak aku instead dari sekolah sains. aku rasa gembira dan sejak hari tu aku percaya bahawa solat bukan sekadar senaman,(macam yang aku sangka dulu), tapi adalah harapan, impian, semangat untuk teruskan hidup. Sesekali bila aku terlepas solat, (subuh biasanya,alahai,,) aku jadi resah, x keruan dan cepat2 ganti walaupun aku x pasti adakah kadho' aku diterima. Aku rasa tuhan marah padaku dan memang confirm hari yang aku x solat, akan ada benda sial berlaku..huhuhu..hari yang sial yang menakutkan tu lah yang menggagahkan aku untuk bangun dengan jayanya di waktu subuh. 


p/s: terima kasih mak! hasil paksaan mak, memukul, mencubit,meleter,mendebik,,saya telah berjaya menjadi orang yang cemerlang solat 5 x sehari tanpa paksaan lagi..=) alhamdulillah..

Tuesday, March 22, 2011

Aku bukan lucah

dalam hidup ni ada banyak perkataan yang selalu orang guna untuk tambah stylo,,terutama orang-orang muda, perkataan yang x wujud, diada-adakan untuk kelazatan sebutan..yang paling aku minat sebut sekali adalah perkataan "siot"

kalau tengok kamus dewan x pasti ada ke x, peduli apa aku x nak check pon,,tapi dalam kamus hidup aku nampaknya aku memang sebut jugak perkataan ni,saje2 untuk sedapkan ayat,,,maklumlah Bahasa melayu masa SPM x dapat A jadi pandai2 nak cipta bahasa sendiri, mana tau boleh popular macam bahasa sanskrit...

tapi hati-hati, aku dah x nak guna perkataan "siot" atau "siut" atau "bukan kiut" ni sebab maksud nya dalam bahasa di kalangan orang dusun sabah ialah :------>>ajakan/godaan membuat hubungan kelamin
mimi cantik siot-------> mimi cantik nak buat hubngan kelamin..
macam pelik tak???hahaha,,,oleh sebab x mau dituduh gila seks, aku pun rasa nak tukar siot tu dengan perkataaan lain,,hm,,,,ape ek???aaa mungkin mimi cantik bangat? atau mimi cantik giler? atau mimi cantik cun mercun,,atau mimi can@^#^$^,,(orang xde kerja, memang suka pikir benda tak mendatangkan faedah)


p/s: tensen nak gila buat report,,thesis dah siap,report lain pulak menunggu..hari2 nak buat report ni rasa macam pengadu domba pulak.

Monday, March 21, 2011

semua agama mana sama!

jika kita berjumpa dengan seorang lelaki yang boleh mengubati penyakit,,mengeluarkan kita dari kemiskinan,bersedia untuk menenangkan  jiwa mereka yang memerlukan, mengajar melakukan kebaikan, dan meninggalkan sifat jahat, menarik kan?,tetapi.. Dia membawa satu ajaran bahawa semua agama adalah sama...Aku tanya diri aku?? sama ke islam yang aku anuti dengan kristian?atau budha?majusi?sudah tentu tidak!!
Inilah konsep yang dibawa Sathya Sai baba.
ala2 merenung nasib umat la tu

“Hanya ada satu Tuhan, Ia yang berada dimana-mana, Hanya ada satu Agama, Agama Cinta Kasih, Hanya ada satu Kasta, Kasta Kemanusiaan, Hanya ada satu Bahasa, Bahasa Hati”
 Amboi2,,bahasa dia memang sasterawan habislah...patutlah banya pengikut..sai baba ni kata dia tak bawa agama baru,dia ni konon macam jelmaan la dari zaman ke zaman yang nak memimpin umat ke jalan yang betul
"Aku datang bukan untuk mengganggu atau menghancurkan keyakinan apa pun, tetapi untuk menguatkan keyakinan mereka, sehingga seorang Kristen menjadi seorang Kristen yang lebih baik, seorang Muslim menjadi seorang Muslim yang lebih baik, seorang Hindu menjadi seorang Hindu yang lebih baik dan seorang Buddhis menjadi seorang Buddhis yang lebih baik"
kasi tepung ajaib
Seram aku dengar...Jangan ingat dia banyak pengikut sebab pandai mengayat je,orang kata dia ada mukjizat tau,dia boleh mengeluarkan tepung dari tangan tak habis2, dan tepung tu digunakan orang untuk merawat penyakit...

“Setiap kali ada ketidak harmonian menguasai dunia, Tuhan akan menjelma dalam bentuk manusia untuk menetapkan jalan. Kedatangan Tuhan ditunggu dengan cemasnya oleh orang-orang suci dan orang bijak. mereka berdoa dan Aku datang. Tugas utama-Ku melindungi kitab suci dan melindungi umat yang taat."
aku x paham dia cakap macam dia seorang nabi sekarang cakap macam dia Tuhan pulak..Dajal dah datang ni..

“Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting…”

(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati..” (Hadith riwayat Ibnu Majah)

Adik aku kata kalau dia jumpa sai baba dia nak tembak, (cakap orang belum baligh) tak perlu tembak dik oi,,

 dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bila seseorang selesai membaca tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'.


Doa lah senjata kita orang islam..kang tembak di kata terrorist pulak..bahayanya fitnah dajjal ialah, ia bukan sahaja mengelirukan orang yang rendah ilmu dan imannya , tetapi jika di lihat sejarah, berapa ramai ulama' terkeliru dengan dajjal ini, baik dajjal kiasan ataupun realiti.  boleh jadi seseorang yang awalnya Islam akan tersesat di akhir hayatnya...semoga kita dijauhkan dari dajjal yang nyata dan tersembunyi..
p/s: act aku baru tau pasal baba ni masa baca buku eat pray love,,tu pengalaman penulis sendiri, dan banyak muslim pun datang ke india untuk belajar fokus kepada tuhan semasa beribadat dengan cara bermeditasi seperti yang di ajar sai baba ni,, sesat2,,lama dah cerita si baba ni huhu,,
nak baca lagi?? KLIK NI atau SINI JUGA

Saturday, March 19, 2011

aku nak boyfriend~

a: wahh,bestnyer korang dah ada boyfriend,wana dah ada suami,,aku je yang masih single,,,yela aku x cantik~~sape lah yang nak kan,,,yela,,,,,(melalut-lalut),-kata seorang member yang kecewa -
b: cantik itu universal,,muka je cantik,,tapi perangai macam penyamun buat apa,,samun hati orang sana sini,,jual muka sana sini,pahtu tinggal begitu je,,maklumlah muka boleh juall,,dapat tingkatkan keyakinan diri,,,ex boyfriend pun banyak kan,,ni semua cinta monyet, buang masa je,,yang penting hati la,,


a: ala lelaki sekarang mana tengok hati wana,,mula-mula tengok muka dulu,,baru kenal-kenal, pastu baru tau hati macamana,,habis muka x cantik??x sempat kenal hati,,,juling tengok muka kita sikit pun x mau,,,


b: ala watpe susah2,,lantaklah muka x cantik,,adalah jodohnya,,kalau tidak, semua orang muka x cantik x kahwinlah,,


a: ala kita bukan nak kahwinlah,,kita nak ada boyfriend dulu,,,sebelum kahwin mestilah ada kenal2 kan,,ala bercouple?/ala,,,wana pun mesti ada gak dulu,,x kan kawin terus,,tu kahwin paksa namanya,,,(sambil muka penuh syakwasangka)


????????.....(speechless)\\


penjelasan di mahkamah : aku pun x pasti aku ada bercouple ke tak dulu,,berkawan adalah, pastu terus kahwin express bila diajak,,mungkin maksud "couple" kawan aku tu,,"berkenal-kenalan sebelum kahwin" ataupun bertunang,,,,bercouple berbeza dengan bertunang,,bertunang selepas bercouple, mungkin sama dengan, mungkin  x wujud istilah bercouple,(gau-garu kepala),,yea!!!bercouple itu bercinta ye??? bercinta aku pernah kot,meow,,tapi aku x pasti tu bercinta ke,,sebab sebelum kawan aku dengan suami selalu betul bergaduh benda yang remeh2 tapi #@$%^&,,,,(pening2 lalat dah)


b: ah! single kan bagus,,,ko ingat best ke kalo dah terjatuh cinta tu,,,bukan senang nak kawal hidup tau,,,aku pun ter-jatuh,,ko nak sengaja jatuh ke??


a: aku kesunyian tengok semua orang ada pasangan aku je xde,,,,(muka sedih)


ps: sesungguhnya aku x paham zaman anak dara ni,,,sebab aku pun pernah alaminya,,inilah dikatakan kekeliruan memikirkan benda yang x tau mana hujung pangkalnya,,,bercinta memang menyusahkan,,kerana x tau apa kah panduan yang betul dari sudut agama dan masyarakat,,,nampak buruk je sentiasa,,nasib aku dah kahwin!!,,-tarik nafas lega-

Friday, March 18, 2011

Sungguh bertuah sekali diriku

Sesekali  aku tertanya-tanya, ketika segalanya tidak kena..
Apakah TUHAN telah melupakan daku, dan meninggalkanku sendiri?..
Lalu aku mengingati, semasa segala dugaan dan derita..
Dia selalu bersamaku..
Sungguh bertuah sekali diriku..


Aku memohon kepada TUHAN kekuatan, agar mampu ku mencapai..
Aku dijadikanNya lemah, agar aku belajar mentaati dengan rendah diri..

Aku memohon kesihatan, agar mampu kulakukan perkara besar..
Aku dikurnia Nya kesengsaraan, agar mampu ku lakukan perkara baik..

Aku memohon kekayaan, agar aku bahagia..
Aku dikurnia Nya kemiskinan, agar aku bijaksana..

Aku memohon kuasa, agar aku dihamburu pujian insan,
Aku di kurnia Nya kelemahan, agar kurasai perlunya TUHAN,

Aku memohn segalanya, agar mampu kunikmati hidup,
Tidak ku peroleh apapun yang aku pinta, tetapi segala yang kuharapkan..

Dan walau begitu kejahilanku, 
DOA YANG TIDAK AKU LAFAZKAN SEMUANYA DIMAKBULKAN..
Dia selalu bersamaku..
Sungguh bertuah sekali diriku
-dare to fail-


"Ada sesuatu yang kamu cinta, tetapi itu membawa keburukan kepada kamu,
Ada pula sesuatu yang kamu benci, tetapi ia membawa kebaikan kepada kamu,
Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah itu lebih tahu" (Baqarah 216)

Sunday, March 13, 2011

Salah ke kahwin muda?

Sangat sedikit yang mengucapkan tahniah kerana bebas dari berlenggu percintaan yang bukan mudah nak atasi di zaman serba kebaratan la sangat ni kan,,tapi banyak lagi yang ------->




"Kenapa awal sangat? ada masalah ke?" makcik joyah cakap macam concern,,bila lepak ngan mak gayah "tu mesti dah ada isi ",,


" Belajar pun belum habis,,beri mak duit pun belum lagi,,dah gatal sangat ke?" Lazernya awak mak kiah.


Semua kata-kata tu aku, dah biasa dengar dan aku dah lali,,lebih2 lagi ada yang tak cakap pun tapi pandang macam aku ni hina sangat. Aku bukanlah seorang yang mudah kecil hati,kerana bila keputusan aku dah bulat,aku takkan pernah menyesal dengan pilihan yang aku buat,,kerana aku tau aku betul.aku dah fikir semasaknya.tetapi jika kata-kata pedas tu sampai ke mak aku dan mukanya sedih kerana aku dihina,,apa yang aku boleh buat?upah samseng belasah makcik yang kahwin lambat agaknya tu?




Semasa bernikah umur aku baru 21 tahun,suami aku 34 tahun dan x hairan kalo dia melamar aku walaupun belum sampai setahun kami kenal. tiada apa yang diharapkan dari orang yang bercinta melainkan perhubungan yang halal di sisi Allah.


 Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.


Adakah salah aku kahwin muda,
 bila ingin dia yang awal dan ke akhirnya,
walaupun tidaklah kaya
tapi aku tak perlu guna duit aku lagi
untuk beli maggie kerana duduk asrama?

Adakah salah aku kahwin muda,
Bila aku duduk di rumah suami,
bukan rumah mak mertua,
boleh belajar masak sendiri
boleh beribadat tambah pahala.

Adakah salah aku kahwin muda,
bila bersalah dengan mak,
keluar jalan-jalan,
dengan lelaki bukan muhrim,
dia melamar aku cepat,
bertaubat dari dosa yang mudah dapat.

adakah salah aku kahwin muda,
Bila aku masih belajar,
kerja pun belum lagi,
bagi duit dengan mak apatah lagi,
itu pikiran orang lupa famili,
Bila dah dapat kekasih hati.

Adakah salah aku kahwin muda,
Kalau aku buat majlis sederhana saje,
Cukuplah yang wajib2 saja,
yang penting berkat itu ada.

Adakah salah aku kahwin muda,
bila aku sorang perempuan,
walau hidup di sisi suami
kawan dan keluarga x pernah aku lupakan


Salahkan anak bila lahir zuriat luar nikah,tapi bila anak jalan ke sana sini dengan lelaki,,"bagusnya anak aku ni,,pandai pilih lelaki sopan,rajin ke masjid,kaya pulak tu,,muka pun boleh tahan ala-ala mawi gitu" Mentaliti macam mana ni,,ibu bapa sendiri galakkan anak-anak buat maksiat. Bila anak nak kahwin awal di kata miang. Aku pun jadi pening.,,Kahwin awal salah,,berkapel pun salah, buat anak x sah pun salah,,tapi " mina nak jalan  keluar ke pantai dengan ali mak" beri pulak green light,, kasi bekal laigi buat picnic...




Aku sekarang dah pandai masak, belajar pun sangat ok, xde lagi angau x tentu pasal, alhamdulillah pointer aku makin naik, dapat anugerah dekan lagi setelah bernikah,(^___^) ,duit ptptn aku pun dah beranak dalam bank sebab x pakai, cuma lepas kahwin ni aku rindukan mak dan kawan-kawan,,kadang-kadang kita lebih menghargai sesuatu tu bila kita dah jauh dari mereka...Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Nya..Insyaalllah hubungan akan kekal ke syurga,,


'Sesungguhnya ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah tuhan sekelian alam'


Lupakah kita dengan janji yang kita buat 5 kali sehari di depan Allah? Salahkah aku  ingin bercinta dalam keredaan NYA?????

Saturday, March 12, 2011

Ada Header baru~

seronoknya,,aku ada header  baru,,hehehe,,sebenarnya bukan header ku buat pon,,wakaka,,aku dapat template nh kat blogger style,,sedih tengok blog aku xde header,,tengok orang lain ceria je blog ada warna warni kat atas,,ada gambar,,oleh kerana malu nak letak gambar sendiri,aku letak gambar dinosor,,jangan salah paham,,haiwan tu takde kena mengena dengan wajah sebenar aku,,
Harini aku post ringkas je sebab aku malas ( kasi 5 bintang sebab jujur!), pastu aku nak jalan2 baca blog orang,,,lepas tu nak sambung buat thesis,,Wakakaka!,,rupanya thesis aku x siap lagii~,,,,tapi takpe sebab x macam dulu..Sekarang ni lepas aku tulis beberapa perenggan,,aku layan blog dalam beberapa minit,jam, ketika..tapi download sepanjang masa!!!hehe,,harini aku download cerita kingdom of solomon,,best ke??
macam ada lawan-lawan
p/s: mungkin dinosor atas tu patut bagi salam,,panggil hey tu macam kurang ajar,sopan pulak,,hm,,,,,

Friday, March 11, 2011

watak kaku jadi bintang filem

Zaman sekarang ni, nampak sangat pengarah filem internasional kering idea kan..Mana tak nya,,banyak cerita yang best-seller dari buku di filemkan. Tak terkecuali Malaysia dan Indonesia,,tapi negara kita kuranglah kering idea macam ni,,Antara buku-buku yang pernah aku baca yang di filemkan macam P.S i LOve U.
Suami mati tinggalkan surat2 untuk isteri nya
 Promote buku aku ni,,.Best tau,,baca banyak kali pun masih boleh gelak guling-guling,masih boleh nangis x keluar bunyi,,masiih boleh rasa debarannya,,Novel diorang x la macam sesetengah novel cinta Malaysia ni,,tensen sangat benda yang sama je,,awek putus dengan mamat,,awek dapat balak baru,,mamat datang balik,awek masih cintakan mamat,,Last2 awek kawen dengan mamat,balak tadi dapat sisa,,kah~~aaa,,tapi jangan ingat aku anti dengan novel melayu,,Aku suka kalau karya agung Ramlee Awang Murshid di filemkan,,tengok apa jadi,,pergh,,,macam cerita Laksmana sunan tu,,Aku bayangkan M Nasir la yang berlakon..(x nak mawi) hahaha
Laksmana Sunan idaman wanita masakini
..,,Di Indonesia buku yang difilemkan macam Ayat-ayat  Cinta. Macam ni la tunjuk poligami yang buat orng prempuan x sakit hati,,Yelah,,lelaki tu pun alangkah macho dan kuat pegangan pada agama-Nya memang patut pun jadi rebutan awek2 cun kan.
logik jugak diorang rebut laki ni
.Bukan macam cerita poligami kat Malaysia ni ,tensen tengok cerita poligami yang watak lelaki macam hampeh, buat lawak x jadi, banyak muslihat sana sini, isteri-isteri bergusti x tentu hala rebutkan lelaki yang entah apalah yang dia ada,,duit je kot...Patutla isteri-isteri yang merebut tu x cun,,Bagus sangat~~gusti lah lagi,,,aaa,,ting!ting!ting! masam tamat.!
tensen tengok,,tapi kat Malaysia banyak la camni
Filem-filem lain yang adaptasi dari buku yang aku pernah baca macam Confession of Shopaholic, The Notebook,Eat Pray Love, Star Trek, Janji Diana. lagi komik doraemon cerita panjang, Detective Conan, Naruto dan juga Slamdunk..Kalau tengok kat tv,,time bercakap tu bosan giler,,bilerla nak berlawan..
Aku suka watak shikamaru
 Kesimpulannya membaca lebih seronok dari menonton kerana membaca dapat menghayati dan juga menyelami hati watak tu,,sedangkan di filem nak selam hati camana??Nak sentuh kat bahagian hati tersimpan (dada) pun x dapat!!HAHAHA~